Saturday, February 18, 2012

.......:: kau sakiti hati ku::........

 

Kau Sakiti Hati Ku

Seandainya kau tahu
Perasaan ini
Barulah kau tahu
Apa yang ku rasa

Sekiranya dikau
Menjadi sepertiku
Bagaimanakah dikau
Menghadapinya

Mengapa mudahnya
Kau sakiti hatiku
Tanpa merasa
Belas dan kasihan
Sedangkan kau tahu
Daku menyintaimu
Lalu mengapakah
Kau sakiti hatiku

Bagaimana kiranya
Ku buat kau begitu
Tentu kau tak suka
Jangan kau ulangi... oh...

Dugaan apakah
Yang sedang melanda
Di antara kita

Walau hati terhiris
Air mata menitis
Namun tak pernahku
Dendam kepadamu



nota hati: untuk kamu sinun...kamu sinin...dan kamu sinin.... ;P



 


 

Kita berblogging cuma nak berkawan bukan mau berlawan....

 
 
Sejak dua menjak nih aku suka sgt membaca online..... baca blog2 yang penuh dengan ilmuan... sekali aku terbaca blog nih... lalu aku pun sangat bersetuju dengan entry yang pernah dibuat satu ketika dulu..... lalu aku share dengan kawan2 kat sini..... aku rasa ini adalah dunia blogging.... dunia yang aku rasa hanya kita dan Allah jer yang tau apa yang tulis itu benar atau sebaliknya.....
 
 
 
Dunia blogging sekarang dah semakin bercelaru pulak aku tengok.  Ada cerita-cerita blogger yang masing-masing nak tunjuk siapa lebih hebat siapa nombor satu sampai kadang-kadang sampai wujud entri-entri atau komen-komen berbaur kutukan, sindiran, membuka aib blogger-blogger lain dan sebagainya.


Kenapa?
Boleh tarik publisiti dan jadi famous ke kalau kita buat entri-entri  dan komen-komen yang macam tu?Sedar tak sedar telah terdedah keaiban diri sendiri bila buat macam tu.T  ak perlu sebenarnya untuk terlampau berprasangka buruk terhadap orang lain.Tujuan kita berblogging untuk mencari kawan bukan nak menambah musuh.

Kenapa mesti ada sifat macam ni?
Bila ada Blogger lain buat segmen dalam  blog
"Macam dah bagus sangat nak buat  segmen sendiri"

Bila Blogger join segmen blog blogger lain
"Asyik-asyik join segmen.  Mana entri original kau?d  ah tak ada idea nak update blog ke?"

Bila Blogger baru ada follower lebih banyak
"Alah..ini mesti guna saya follow awak, awak follow saya balik kan" 

Bila Blogger lama ada follower beribu-ribu
"Harap saja ramai follower tapi entri tak ada lah bagus mana.  orang follow pun sebab rupa kau yang comel dan hensem tu"

Bila Blogger selalu dapat Buffered Earning dari Nuffnang.
"Macam mana blog dia boleh selalu dapat Buffered Earning.B  log bukan best mana pun."

Rasanya tak relevan nak membandingkan dan merendah-rendahkan blog orang lain. Jangan sesekali melabelkan blog orang lain sebagai blog sampah dan sebagainya.  Adakah blog kita dah terlampau hebat?  Tepuk dada tanya hati atau tanya iman.



kredit to http://www.hazwan.com




nota hati: sharing is caring.... ;)





Friday, February 17, 2012

Sekadar mahu berkongsi bersama...

 
✿ Kata Najwa →❤ cinta muka buku ✔
❀ Kata Rangga →❤ ada apa dgn cinta ✔
✿ Kata Radja →❤ benci bilang cinta ✔
❀ Kata Agnes Monica →❤ cinta tak ada logika ✔
✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap ✔
❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu anugerah ✔
✿ Kata Doktor → ❤cinta tak dapat untuk diubati ✔
❀ Kata Guru →❤ cinta tak boleh utk di pelajari ✔
✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh di hukum ✔
❀ Kata Orang →❤ cinta itu indah ✔
✿ Kata Ulama →❤ cinta Allah kekal abadi ✔
ஜ Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kitaஜ
 
 
kredit to: Proff Es Ir Anisa
 
nota hati: Islam itu Indah....
 
 

Tazkirah di pagi Jumaat 17022012

Sahabat ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui tapi berapa ramai dari kalangan sahabat kita yang sanggup menemani kita terutamanya apabila kita menghadapi kesusahan, mempunyai masalah, sanggup meluangkan masa dan tenaga demi membantu kita.  Pasti tak ramai bukan.Sejujurnya bukan senang nak jadi sahabat sejati yang baik lebih-lebih lagi kita mempunyai pelbagai komitmen lain.  Tapi, walau apa-apapun, kita mesti cuba untuk menjadi sahabat yang baik.


7 Cara Bersahabat Kerana Allah


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)






3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)

Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)

nota hati:  syukur aku masih punyai sahabat yg sangat memahami...... syukur padaMu Ya Allah....


Thursday, February 16, 2012

Tips utk menjaga hati Isteri... versi lawak kot.. ahaks....



Tips untuk menjaga hati ISTERI

 

1.if die ngamuk baling2 barang -try awak sambut.Ni la masenye awak tunjuk kepantasan jadi gol keeper.

2.if die mule jerit tibe2 -awak nyanyi kuat2. ni la masenye awak tunjuk suare awak sehebat Black(Mentor)

3.if die tengok cam nak telan -awak smile je tengok dia!Baru dia nampak kecomelan awak!

4.if die nak lari umah - Tolong kemaskan barang dia same2. Ni la masenye awak tunjuk betapa rajinnye awak

5.if die cry coz sakit hati -awak gelak kuat2 terguling2.Ni la bukti awak usaha buat dia happy time die sedang berduka.

6.if die mogok x masak -awk masak lah.Ni la bukti awak seorang lelaki idaman wanita @ future master chef

7. if die mogok x nak kemas rumah - awak ambik penyapu dan start kemas - Ni la bukti awk seorang lelaki superbapak




nota hati: kejarlah cinta Allah InsyaALLAH cinta manusia akan mengiringimu.. tapi jika kita kejar cinta manusia semata, kemurkaan Allah yang akan menghampirimu...Ya Allah..andai dirinya adalah jodoh terkuat untukku.. pertahankanlah jdodoh diriku dengannya pada waktu yang Engkau redhai kami... bukan dengan cinta yang bertuankan nafsu.. Ya ALLAH.. bimbinglah diriku.. jangan sampai diriku terjerat dalam umpanan syaitan.. . bantulah diriku.. agar diriku.. tetap dengan pendirianku.. kuatkanlah aku.. berilah petunjuk pada diriku Ya Allah.. ku mohon... 






Wednesday, February 15, 2012

Haram sambut Valentine's day.. sekian

 

Haram sambut Hari Kekasih terhad kepada orang Islam 

 

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
 
Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.
“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu itu bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Elemen itu, jelasnya adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan valentine bagi seluruh umat Islam.
Dasar itu, katanya adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

“PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine’s bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah,” ujarnya lagi.

Pada hemat PUM, kata beliau pendekatan seumpama itu mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif.

Dalam pada masa yang sama, kata beliau PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut.

PUM juga, tambahnya ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu itu secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.
“Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja,” jelasnya





sumber: JAKIM







nota hati: masyaAllah....







Wordless Wednesday















nota hati: penenang...segalanya....






Tuesday, February 14, 2012

...... ::Cinta Harus Memilik::........



Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencoba

Melupakanmu kasih
Lalu Mengapa ku tak sanggup

 
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya



Ku tak percaya kita
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit

Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jauh ku terluka

Adakah waktu tak berpihak

Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah

Oh…

Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Ku cuma berdiri kaku hampa
Kau didakap mesra si dia
Semuanya pudar tak bermaya

Kau tinggalkanku memujamu
Ibarat suria hilang cahaya

(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
Cintaku atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi

(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
(Cintaku) atau batas kebebasanmu itu

Takkan ku ulangi




nota hati: tiap2 hari dengar lagu ni kat radio.... berdiri bulu roma....




Tips Menarik Untuk Suami....




Jaga Hati Isteri Anda

Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:

Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.

Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.


Bunga raya merah berseri
Bunga mawar harum mewangi
Adat berkasih suami isteri
Ada rajuk rindu dihati


nota hati: termangu sendirian.....






Monday, February 13, 2012

kisah benar yg boleh dijadikan teladan dan panduan




Assalammu'alaikum untuk semua sahabat...


Kesempatan ini izinkan saya berkongsi kisah untuk dijadikan pedoman bersama..(KISAH BENAR)
Kisah seorang bekas pesara guru (ustaz sekolah rendah) bersama isteri (surirumah sepenuh masa) dan 7 orang cahayamata (3 lelaki dan 4 perempuan).


Setelah bersara dari dunia perguruan, ustaz meneruskan khidmat kepada masyarakat setempat dengan ditauliahkan sebagai imam satu di kawasan kediaman beliau. Manakala isteri beliau hanya menjual kuih muih secara kecil-kecilan. Sejak muda dan setelah berumahtangga, ustaz dan isteri mengamalkan kehidupan yang sederhana. Anak-anak dibekalkan dengan ilmu dunia akhirat yang mencukupi. Ustaz dan isteri amat disenangi oleh penduduk setempat dan saudara mara.

Kini, ustaz dan isteri sudah tersenyum puas dengan kejayaan anak-anak mereka. Seorang bergelar DOKTOR, 2 orang JURUTERA, 2 orang PENSYARAH, seorang PENGANALISIS KOMPUTER dan seorang PEGAWAI BANK. Anak-anak ustaz bukan saja cemerlang akademik tetapi juga cemerlang dari segi akhlak. Baik hati, lemah lembut, bertanggungjawab dan amat menghormati orang.


Walaupun anak-anak beliau berjaya dalam kerjaya, tetapi mereka tidak bermewah dari segi pakaian, barangan emas jauh sekali. Ustaz juga mempunyai 10 buah rumah yang dibeli tanpa pinjaman bank. Setiap tahun ustaz dan isteri akan ke tanah suci Mekah menunaikan umrah dan mengerjakan Haji di musim Haji. Tetapi mereka tetap mengamalkan kehidupan yang sederhana. Ustaz dan isteri juga pernah dianugerahkan Ibubapa Mithali peringkat daerah.

Tentu sahabat semua tertanya-tanya apa rahsia ustaz tersebut boleh memperoleh semua kesenangan di dunia yang setiap kita impikan.... sebagai orang yang dekat dengan ustaz, hasil pemerhatian saya dan apa yang dicerita sendiri oleh ustaz.... renung-renungkan.

Beliau seorang yang kuat beramal ibadat, merendah diri, pemurah, berlemah-lembut dalam percakapan, penyayang, baik hati, amanah dan beliau juga sangat cintakan ilmu - beliau boleh berbahasa arab dengan fasih walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek tersebut. Dan apabila ditanya apa rahsia beliau mendapat kemurahan rezeki (harta, anak yg baik dan berjaya serta kesihatan tubuh badan, umur beliau hampir 70thn). Ini jawapannya...


1) Ikut suruhan Allah (ibadat wajib)
2) Solat malam (sering ditekankan, ustaz & isteri tidak pernah meninggalkan solat malam sejak muda )
3) Membaca Al-Quran (sejak thn 84, beliau telah khatam sebanyak 200 kali. Beliau sentiasa bersama Al-Quran di masa lapang)
4) Mengeratkan silaturrahim (sering menziarahi sanak saudara, pada hari raya wajib bagi ustaz sekeluarga berkonvoi ke rumah saudara mara dan juga tanah perkuburan)
5) Berpuasa Sunat
6) Memuliakan tetamu (belum sampai 5 minit tetamu sampai, ustaz dan keluarga akan pastikan sekurang-kurangnya air tersedia di hadapan tetamu. Apa saja makanan yg ada dalam simpanan, akan dikeluarkan untuk tetamu-asalkan makanan tersebut masih boleh dimakan)
7) Menjaga hati jiran tetangga
8) Tidak memburukkan dan membuka aib orang lain
9) Bersedekah (terutama kpd kanak2)
10) Menghargai rezeki yang Allah kurniakan (walaupun hanya sekeping biskut)


Inilah petua dan nasihat yg sering ustaz tekankan di setiap sessi ceramah beliau ataupun dalam perjumpaan keluarga.
Moga ianya menjadi pedoman dan panduan buat kita semua. Wassalam....


kredit:  http://www.wangcyber.com



semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak..... kita hanya mampu memberi bimbingan didikan yang terbaik... semasa mereka masih kecil.. insyaAllah mereka akan mendengar kata... mendengar nasihat.... dengan harapan menggunung sehingga dewasa jua begitu..... walaupun berjauhan dengan kita.... tapi dengan rendah diri kita hanya mampu berusaha dan sentiasa berdoa.. memohon kepada Allah... supaya segala doa kita dimakbulkan olehNya....  tetapi apa yang akan terjadi di masa akan datang hanya DIA jua yang tahu.... oleh itu... kita seharusnya sentiasa berdoa... bertawakal... dengan rasa rendah diri.... bersyukur seadanya... jauhkan sifat takbur..... bongkak dan terlalu bangga diri mendabik dada dengan kata2.. dengan perbuatan.... kerana hanya Allah jua yang tahu segalanya.... wallahualam......



nota hati: ambik ikhtibar.. bukan sebagai dendam kesumat....









Saturday, February 11, 2012

Hari ini adalah hari lahir saya..... :)





Doaku....


Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.


Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambahnya usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,


Ya ALLAH, Engkkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi.........

....... Amin.......





nota hati: Blessed are those who can give without remembering and take without forgetting.....





Friday, February 10, 2012

Soalan yang timbul..... dan jawapannya

 

 

Orang Yang Baik

Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya: 

  1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." 
  2. "Orang yang solat belum tentu baik." 
  3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang." 
  4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik." 


 Jawapannya adalah: 

  1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t? 
  2. Orang yang baik tentu akan solat. 
  3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa. 
  4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.



nota hati: renung2kanlah... tepuk dada tanya hati.... tepuk dahi tanya minda....








Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday












nota hati: punca kasih sayang......

Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
















nota hati: Berarak di Masjid besi..... bersama keluarga....





Friday, February 3, 2012

Tazkirah di pagi Jumaat 03022012

 

Individu miliki hati kotor suka maki hamun, mengumpat

GABUNGAN lidah, rongga mulut dan olahan nafas daripada kerongkong melahirkan perkataan dan nada suara sebagai bahasa pertuturan ketika berkomunikasi. Pertuturan adalah cara berkomunikasi paling mudah berbanding menggunakan bahasa isyarat.

Individu tidak mampu bercakap dianggap cacat, biarpun nampak secara fizikal dia normal. Dia terpaksa berkomunikasi bahasa isyarat yang tidak semua orang memahaminya. Betapa sukar golongan bisu untuk berkomunikasi.

Justeru, orang yang sempurna kemampuan lidahnya perlu bersyukur dan melahirkan suara yang enak didengar dan memberi manfaat. Antara cara menunjukkan rasa bersyukur atas nikmat lidah ialah sentiasa mengucapkan perkataan baik dan menjauhkan mengeluarkan kata-kata tidak enak didengar.

Allah berfirman bermaksud: “Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata dan lidah serta dua bibir, dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya).” (Surah al-Balad, ayat 8-10).

Jelaslah, semua anugerah Allah mesti digunakan untuk kebaikan. Manusia perlu menggunakan akal berlandaskan kebenaran untuk menjaga nikmat yang Allah kurniakan agar tidak cenderung melakukan perbuatan ditegah.

Sesungguhnya, banyak individu yang tidak menjaga lidahnya. Perbuatan mengumpat, fitnah, adu domba, kata-kata keji, menipu, sumpah bohong dan sebagainya adalah lahir dari lidah berniat busuk.

Banyak kesan buruk akibat lidah celupar. Kata orang ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana’. Sebab itulah, besar faedahnya sesiapa mampu menjaga lidahnya daripada memperkatakan tidak baik.
Sebab itu, Islam amat prihatin terhadap cara bercakap agar tidak mengeluarkan kata tidak baik. Setiap perkataan dikeluarkan dari mulut membabitkan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Orang beriman menjaga setiap tutur katanya bagi mengelak perkara buruk seperti mengumpat, menyebar fitnah, mengeji dan berbohong.

Orang yang bercakap perkataan tidak baik termasuk mereka tidak teguh imannya. Mereka tidak dapat mengelak diri daripada bercakap perkataan tidak baik sedangkan agama menyuruh berbuat demikian.

Memandangkan besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan agar sesiapa tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, adalah lebih baik dia mengamalkan sifat mendiamkan diri

Kita biasanya mudah tergelincir lidah mengeluarkan kata bermaksud dan membawa kesan buruk, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Maka, berdiam diri adalah pencegah kepada melakukan dosa.

Individu yang bisu tidak melakukan dosa berkaitan mulut atau lidah. Itu juga dikira satu rahmat, tetapi tentu kita tidak mahu menjadi bisu semata-mata untuk tujuan itu.

Sememangnya, berdiam diri adalah cara paling mudah, biarpun payah dilakukan untuk menyelamatkan diri daripada terbabit dengan fitnah, mengumpat dan berkata-kata perkataan tidak perlu. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang diam, dia akan selamat.” (Hadis riwayat Ahmad).

Individu Muslim wajib diam atau mengelak diri daripada memperkatakan perkataan buruk.

Tidak dinafikan kadang kala perkataan diucapkan tidak disengajakan. Jadi, sekiranya terkeluar perkataan tidak baik, cepat-cepat bertaubat dan mengaku kesalahan diri. Adalah mulia orang yang mengaku kesalahan dan ikhlas menarik balik keterlanjuran kata-kata.

Perkataan hina dan memualkan adalah lambang keceluparan mulut dan kekotoran hati pengucapnya.  Malah, perkataan ˜syaitan digunakan dalam maki hamun. Ketika itu pengaruh syaitan lebih kuat berbanding keteguhan iman.

Perkataan buruk itu terus diulang-ulang yang dianggap mendatangkan kepuasan atau menandakan kejayaan. Hakikat sebenarnya ialah yang berasa puas dan berjaya ialah syaitan.  Sesiapa mencarut bermakna mengikuti sifat syaitan yang sentiasa menimbulkan hubungan buruk sesama manusia. Justeru, bahasa mencarut dan kasar tidak wajar diucapkan dalam apa juga keadaan.
Menyalahgunakan fungsi lidah membawa kepada kufur nikmat yang Allah kurniakan. Banyak individu ditarik balik kebolehan bercakap apabila diserang penyakit lumpuh atau barah berkaitan mulut dan saluran pernafasan. Ketika itu kita akan berasakan betapa besarnya nikmat boleh bercakap.

Oleh itu, hargailah nikmat bercakap dengan mengucapkan perkataan yang baik dan mengelak daripada mengeluarkan perkataan tidak diredai Allah.




nota hati: peliharalah hati.... peliharalah mulut...