Pages

Friday, February 15, 2013

Tazkirah di pagi Jumaat 15022013



Sabda Nabi SAW,'Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya. Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamanya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, WALAUPUN DILAKUKAN DI DALAM RUMAH DAN BILIK YANG TERTUTUP RAPAT'. (riwayat Abu Daud).  


Kalau kita membuka aib orang, Allah akan membuka aib kita didunia juga!!!Tidak ada untungnya kita berbuat sedemikian.. 

Hukum mendedahkan aib orang lain adalah Haram..Sama seperti kita mengumpat..

Mereka gemar menunding jari kepada orang lain, sedangkan keaiban sendiri tidak pernah diperhati.....

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu.... Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu"....

renung-renungkanlah.... benarkah menegur / menasihati kerana sayang? atau sengaja mahu memalukan orang?....  lu pk la sendiri kan?


nota hati: apa beza kamu dgn dia.... sama bukan?




No comments: