BERSIKAP BENAR
Muslim itu bersikap
benar kepada semua orang . Sifat benar ini membawa kepada kebaikan yang
menjadikan pelakunya masuk syurga, manakala sifat tidak benar pula boleh
membawa ke neraka. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sifat benar
membawa kepada takwa, dan takwa membawa ke syurga. Seseorang itu sentiasa
bercakap benar sehingga dia dianggap as-siddiq di sisi Allah. Kebohongan pula
membawa kepada kezaliman dan kezaliman membawa ke neraka. Seseorang itu
sentiasa bercakap bohong sehingga dia dianggap penipu di sisi Allah. "
( Bukhari dan
Muslim)
Dengan demikian
muslim itu adalah pencinta kebenaran yang benar, berusaha menjadi benar dalam
ucapan dan perbuatan. Sesungguhnya ini adalah kedudukan yang tinggi dan mulia
sehingga dianggap sebagai pencinta kebenaran di sisi Allah s.w.t
TIDAK SUKA MENIPU,
KHIANAT ATAU MENIKAM DARI BELAKANG
Muslim yang benar
yang telah mencapai kedudukan ini tidak akan menipu, khianat atau menikam dari
belakang, kerana keperluan bagi sifat benar itu adalah jujur, ikhlas, bersih,
adil dan setia sehingga tidak memberikan ruang kepada penipuan, pengkhianatan
dan kezaliman.
Muslim yang
sensitif dan ikhlas, tidak akan bertolak ansur dengan penipuan sehingga dia
sendiri yang benar-benar akan memeranginya kerana dia sedar bahawa melakukan
perbuatan tersebut hanya akan meletakkan dirinya dalam kemurkaan Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda :
" Sesiapa
menahan tangannya terhadap kita bukanlah termasuk golongan kita, dan sesiapa
menipu bukanlah dari golongan kita." (Muslim)
Dalam riwayat lain
juga, Rasulullah melewati satu timbunan makanan (di Pasar). Baginda memasukkan
tangannya ke dalam timbunan tersebut dan mendapati bahagian bawahnya lembap
(bahagian atas kering ) Baginda bersabda,
"Hai pemilik
makanan ini, apa ini?" Lelaki itu berkata, "Ia terkena hujan, ya
Rasullullah." Baginda bersabda. "Apakah kamu tidak meletakkannya di
atas supaya dapat dilihat oleh orang ? Sesiapa menipu dia bukanlah dari
golongan kami." (Muslim)
Masyarakat Islam
adalah sebuah komuniti yang dibina atas dasar cinta dan ikhlas, di mana
ahli-ahlinya terdiri dari orang-orang soleh, benar dan jujur. Maka tidak ada
ruang sama sekali dalam komuniti ini bagi penipu , tukang kecoh, pembelit,
pengkhianat dan lain-lain lagi.
TIDAK DENGKI
Satu lagi sifat
buruk yang tidak sesuai untuk muslim yang benar ialah dengki. Rasulullah s.a.w
memperingatkan tentangnya dan mnasihati bawaha iman dan dengki tidak seiring :
" Iman dan
dengki tidak boleh seiring dalam hati seorang hamba ." Riwayat Ibnu Hibban
"Masyarakat
akan baik selagi mereka tidak dengki satu sama lain " Riwayat At Tabarani
Salah satu sifat
muslim sejati ialah bahawa jiwanya bersih dari sifat dendam, dengki, khianat
dan busuk hati. Hati yang suci ini akan memudahkan jalannya ke syurga, meskipun
dia bukanlah orang yang banyak ibadahnya, berjaga sepanjang malam untuk solat
dan berpuasa di siang hari
kredit to Biro Agama WP
nota hati:tak mampu untuk menerima sekiranya PENIPUAN itu berlaku di depan mata....
No comments:
Post a Comment