Pages

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan di Bumi Anbiya'

 

Alhamdulillah..... sekali lagi aku diberi kesempatan dipertemukan dengan bulan Ramadhan 1434H.  Lebih-lebih lagi di bumi ambiya'..... di musim summer.... yang mana waktu berpuasanya adalah panjang selama lebih kurang 16 jam.

Hari ni adalah hari pertama aku berpuasa jauh di bumi Anbiya'... aku teruja.... walaupun agak mencabar sebab first time aku dan MFS berpuasa di perantauan..... bertahan lapar dahaga selama 16 jam..... dugaan tu.....  ku redha....

Namun Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang penuh kemuliaan dan memberi begitu banyak manfaat, keistimewaan, faedah dan fadhilat bagi mereka yang mengetahui dan menghayatinya.

 
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertakwa.”- Surah Al Baraqah : 183


Kelebihan Bulan Ramadhan

   Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa 

   Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.

  Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

   Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
   Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendii. Mohonlah keampunan Illahi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

  Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.



Description: Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013


 Kredit: Biro Agama WP



 nota hati:dah teringin tepung pelita nih.... erk....


 

No comments: