Pages

Friday, September 30, 2011

Tazkirah di pagi Jumaat....29092011


Tazkirah: Doa ketika duduk antara dua sujud...


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah; Robbiegfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



nota hati: Ya Allah..... bukalah pintu hati kami2 ini supaya bertaubat..... jauhkanlah hati & minda kami2 ini dari sentiasa bersangka buruk sesama manusia.....





Thursday, September 29, 2011

Port Luck Di Rumah Pa'e



kat Blog mya & blog Amy dah berkurun dah kuar entry pasal citer nih... aku baru nak buat.... korang layankan ajer...



ini adalah kesah plan nak wat port luck ke umah Pa'e..... so masing plan ler nak masak ape... yg ngelat si mya.... dtg melenggang... aku suoh bawak anggur mahal katenye.... choi betul tau..... sudahnya di anak wak tembikai pun x jd...ampes..... nanti lambat katenye.... aku masak spagetti... dan aku dtg awal kat umah pa'e... tlg2 dia masak nasik ayam... alhamdulillah menjadi jugak.... tahniah Pa'e.... amy bawak sate, nasik impit & rendang..... actually Pa'e ade buat desert... cocktail katenye... tp idak dihidang kpd kami2 nih...t erlupa katenye...haih... dok senyap2 dlm peti ais tuh.... dah kami sumer blk baru la die sms ckp lupa nak kuarkan...uhuhuhuhuh... makan la korang laki bini abihkan..huhuhuhuh.......


seperti biasa sesi bergambar haruslah..... kate blogger.... ape2pun tq kat mya coz aku ambik semua gambar dr blog dia. kat bawah nih Nur'ain ngah ngamuk2... huhuhuh...




time ni mak2 ngah tgk album kawen si pa'e.... bukan main romantik lg...huhuhuhu







time ni plak...sesi mak2 berchit chat....





ape2pun sesi port luck kali nih mmg menjadi.... spagetti aku jd sedap.... rendang, sate & nasik impit amy pun sedap... dan yg paling penting nasi ayam menjadi...walaupun first time Pa'e masak.... syabas adik... :)


next time leh buat lg la kan??? plan umah saper pulak eh......




nota hati: bersihkan hati...sucikan jiwa.....








Wednesday, September 28, 2011

.....::: sisa kisah kita:::.....



Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya


Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya


Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali
Tangisan air mata
Tak bererti lagi


Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya
Oh tuhan, berikanlah ku
Kekuatan
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya




Monday, September 26, 2011

Menu2 yg dimasak....



Nak kata aku nih rajin benar memasak tak lah.... tp lately nih mmg aku merajin sikit memasak... yelah sejak lepas raya nih...... mungkin ada sebab sesuatu kot... atau mungkin aku dah berubah utk rajin masak..... yess manusia memang perlu berubah... berubah ke arah kebaikan......jangan la pulak kita berubah ke arah kejahatan pulak......


ok ini adalah di antara menu yg akuu berkesempatan masak......







ayam masak merah & kobis masak lemak






daging masak kicap & kacang buncis goreng





sambal sotong & bayam masak air




sayur campur & sup telur+ soun +pucuk






bendi rebus + sambal belacan +kacang buncis goreng & kari daging



aku sedang mengasah bakat2 untuk memasak dengan sedap... mencari resepi2 yang simple2 jer....






nota hati: terguris hati ini..... bertabah la owh....



Friday, September 23, 2011

Tazkirah di pagi Jumaat 23092011

Kita Ibarat Pinggan... Untuk Renungan Bersama

Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita..
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..




nota hati: sometimes Allah gives us something horrible, at least we thought it is, until we get the catch. He loves us too much.








Tuesday, September 20, 2011

hot Steamboat


one of my favourite food.... steamboat la... MFS pun suka gak mkn steamboat nih....... :)  so... ari tuh gi lah beli brg Nur'ain sikit kat Manjaku Bangi.... then terserempak dgn hot steamboat nih... ape lg secepat kilat la aku ajak MFS gi mkn kat sini...kejap jer pun.... tengah melapar..... makan secara laju2...:)










nampak sgt menyelerakan..... ish..... rase mcm nak repeat lg la..... :I dah terliur dah nih..... yg penting kuah kena sedap.... yg lelain tuh sama jer.... lebih kurang jer...janji fresh... then kompom sedap... :)







sekian entry malas aku...hahahhahahhahaha...... besok pulak la ekh....




nota hati: Blessed are they who see beautiful things in humble places where other people see nothing.........





Monday, September 19, 2011

Fish Feeding @ The Mines wt Nurin & Nur'ain......


last week my turn ambik Nurin.... yess ofcourse aku rindu sgt kat die...... dah la die beraya dgn aba die thn nih... so sgt2 syahdu ok.... erm......


Ari Ahad lepas MFS ade jemputan berkompang di Nilai so aku plan nak bawak Nurin dan Nur'ain ke The Mines.... nak bg ikan kate Nurin dah lame sgt x bg ikan kat The MInes tuh makan..... so ape lg.... lepas anta MFS kat Opis... aku terus zass ke The Mines.... 


Mula2 nak letak Nur'ain kat Baby Carseat punye la susah... puas la aku pujuk2 die..... mula2 nangis kejap... lepas aku dah gerak drive ke sinun.... Nur'ain dah selamat tido.. :)


Sampai jer terus ke Giant beli Roti sebuku yg panjang punye tuh... nak bg mkn ikan puas2..... dan yg pasti tak cukup2 jugak..... ape2 pun aku suker tgk Nurin & Nur'ain sgt teruja time bg mkn ikan tuh.... gembira bukan main Nurin dan Nur'ain... :) sejuk hati aku tgk anak2 tergelak riang..... Ikan kat The Mines mmg sgt2 la byk...d an besar2.... :)








lepas bg makan ikan.... me, Nurin dan Nur'ain gi lepak kat A&W for lunch..... :) lepas lunch terus zasssss drive blk umah..... Nur'ain dah ngantuk... masuk dlm keter.. bg susu..terus lalok nak tido... :) smpi umah masih sambung tdo.... :)






















sampai umah MFS lom blk lg.... aku layan Nurin jap... then terus ZZZZzzzzzZZZZ... :)






nota hati: thank you to all my love ones who have been supporting me. this big smiling is dedicated specially for you guys. many love:) thanks Allah for the given....



Saturday, September 17, 2011

........:::cinta teragung:::......




cinta teragung - HAZAMA



Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku


Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Woo Woooo
Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan

Menagih cinta teragung darimu
Wooooowooo

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba
Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku 



nota hati: segalanya kuterima.....







Friday, September 16, 2011

Tazkirah di pagi Jumaat - 16092011

Kurang Agama Dan Kurang Akal


Hadith :

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya:

“Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi:

“Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

(Muslim)


Huraian:-


Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah. Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional.

Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka. 
 
 
 
 
nota hati: jiwa yg takkan sama......
 
 
 
 
 

Thursday, September 15, 2011

......::: tahajjud cinta:::....

Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza


Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
wooo..ooo
waaa…haa
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu
aa….
hmmm….
woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud



nota hati: bersujud pada MU.....






Wednesday, September 14, 2011

......:::Dendam Dalam Diam:::....



Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku

Suka atau pun tidak

Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Dendam di dalam diam

Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku




nota hati: layankan ajer... :I 

Tuesday, September 13, 2011

Blazer SEED untuk dijual...



kepada kengkawan yg bace blog saya... saya mau let go blazer kesayangan saya ini.... pakai ada la 2 -3 kali jer.... very in gud condition... lau ade saper2 yg ingin beli sila tinggalkan contact no @ emel utk saya hubungi.... harga boleh dirunding ...:)












BRAND: SEED
SAIZ: 4
COLOUR: DARK BROWN






nota hati: lelong...lelong.....




kebab daging air tgnku....


kadang kat umah pepagi tak tau dah nak masak ape..... so ubah selera makan kebab pulak kiter... :) dtg aura nak masak kejer aku masak jer... ape terlintas masak.. yg tukang perabih...makan adalah MFS..huhuhuhu seronok gak dapat suami yg mmg tak pernah memilih makan nih...suemr pun die makan... :)









inti kebab




roti kebab



bahan2

daging burger beberapa keping (nak guna daging hancur fresh tu pun ok)
timun & carrot dipotong halus2 memanjang...
sedikit cili kering yg dimesin dgn bawang merah & bawang putih
sedikit sos tomato

cara2 wat inti kebab...

cincang daging 
tumis cili kering + bawang merah + bawang putih sampai naik bau
masukkan sedikit garam & gula gaul sebati......
masukkan sos tomato... dah sebati....
masukkan timun & carrot..... gaul sebati.....

angkat dan sumbat ke dalam roti kebab.....


sedapp kalau sesekali buat utk minum petang dan breakfast ....... upd dgn air kegemaran anda.....





nota hati: kalau kerap masak... insyallah lame2 jd pandai memasak.. :)






Monday, September 12, 2011

menghantar & menerima KAD RAYA......


Dah lame sebenarnya aku tak pos kad raya nih..... nak membeli kad raya tuh rajin tp nak pegi pejabat pos tuh adalah sgt222 malas...hohohohoho... tp thn nih aku merajin sikit gi pos kad2 raya utk kengkawan di perantauan.... rase mcm excited plak.....

bila kengkawan di perantau terima kas raya dr kite di Malaysia nih sure mereka akn appreciate.... ye lah di pernatauan name pun.... dah la x dpt blk beraya kat malaysia... so excited la ade gak org malaysia ingat kat mereka..... ape2 pun aku rindu kat sumer kwn2 aku di perantauan sana..... i really miss that moment.... :I





poskad raya yg diterima dr DUBLIN -TQVM My Dear Zara
 
 



poskad raya dr Taipei  TQVM - My Dear Ayu
 


dan ini adalah kad raya yg aku pos kpd kwn2 di perantauan.. :)




ape2pun aku ucapkan jutaan terima kasih kpd kengkawan di Perantauan yg sudi hantar poskad raye untuk aku di Malaysia nih.... aku sayang sumer kawan2 aku... :)... dan aku maafkan sumer musuh2 aku.... erk...gitu....





nota hati: di dunia dan di akhirat... :)