Azan – Seruan Kesatuan Ummah
Azan bukan hanya himpunan lafaz-lafaz bahasa Arab yang
dilaungkan untuk menyeru orang Islam menunaikan solat. Lebih daripada itu, ia
ialah syiar Islam menunaikan solat. Lebih daripada itu, ia ialah syiar Islam
yang menjadi lambang dan simbol kedaulatan Islam dan penganutnya. Di seluruh
pelosok dunia yang menerima cahaya Islam, laungan azan pasti berkumandang lima
kali sehari.
Keistimewaan Azan
Istimewanya azan di mata dunia adalah kerana ia
menggambarkan kekuatan, kesepaduan dan kesucian Islam. Setiap lafaz yang
tersusun menyimpan rahsia kekuatan akidah kepada Allah, motivasi kejayaan orang
Islam, keutamaan solat dan penyaksian keesaan Allah serta perakuan kenabian
Muhammad s.a.w.
Bagi yang memusuhi Islam, azan ialah “senjata”
menggerunkan dan amat ditakuti. Justeru, tidak hairanlah azan diharamkan di
Negara-negara “fobia Islam”, tidak dibenarkan dilaungkan dengan menggunakan
pembesar suara, dan didakwa mengganggu keamanan masyarakat setempat atau
kononnya menyumbang ke a rah pencemaran bunyi.
Keutamaan Azan dan muazin
v PEMIMPIN DI HARI
KIAMAT
v MENGUSIR SYAITAN
v KEAMPUNAN SEJAUH
SUARA
v KELEBIHAN SANGAT
BESAR
Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda :
Maksudnya : “Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang
terkandung pada seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya
melainkan melalui undian, pasti mereka
akan turut serta mencabut undi … “ (Rowayat al- Bukhari dan Muslim)
v DIMASUKKAN KE
DALAM SYURGA
Muazin diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga
- seorang yang melaungkan azan dan diikuti dengan mendirikan solat selepas itu
semata-mata kerana Allah s.w.t, dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang
ramai.
v MENDAPAT SAKSI
AMAL SOLEH
Sesiapa sahaja yang mendengar azan yang dilaungkan oleh
muazin, dia akan menjadi saksi tentang amal solehnya itu di akhirat kelak.
KEBESARAN AZAN
Kebesaran azan di sisi Allah dapat dilihat dengan
ganjaran Allah s.w.t yang dijanjikan kepada para muazin atau bilal yang
melaungkan azan. Mereka dijanjikan keampunan dosa-dosa dan imbuhan pahala yang
besar.
Tambahan pula, pensyariatan azan ialah keistimewaan yang
hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda rahmat dan
kasih sayang Allah kepada kita semua.
KREDIT BIRO AGAMA WP
nota hati: :)