Alhamdulillah..... sekali lagi aku diberi kesempatan dipertemukan dengan
bulan Ramadhan 1434H. Lebih-lebih lagi di bumi ambiya'..... di musim summer.... yang mana waktu berpuasanya adalah panjang selama lebih kurang 16 jam.
Hari ni adalah hari pertama aku berpuasa jauh di bumi Anbiya'... aku teruja.... walaupun agak mencabar sebab first time aku dan MFS berpuasa di perantauan..... bertahan lapar dahaga selama 16 jam..... dugaan tu..... ku redha....
Namun Ramadhan
adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam,
memandangkan ia bulan yang penuh kemuliaan dan memberi begitu banyak
manfaat, keistimewaan, faedah dan
fadhilat bagi mereka yang mengetahui dan menghayatinya.
“
Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa
sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu agar
kamu menjadi orang yang bertakwa.”- Surah Al Baraqah
: 183
Kelebihan Bulan Ramadhan
Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa
Diturunkan
satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih
baik dari 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
Diturunkan
petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu,
kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran
beserta maksudnya di bulan Ramadhan
nanti.
Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Syaitan
tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada
kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendii. Mohonlah
keampunan Illahi di bulan Ramadhan
yang mulia ini.
Kegembiraan
orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu
berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan
kejahatan.
Kredit: Biro Agama WP
nota hati:dah teringin tepung pelita nih.... erk....