tajuk agak menggetarkan jiwa gitu...ahaks..... yelah asyik nak buat tajuk yang gempak2.... kasik panas jer pun buat aper..... motif sgt ...... kalau kiter yang hot itu lain citer.... baru kelass... hahahahah :P
last time gambar aku berposing ala2 model jeans... kali ni aku posing ala2 pengantin baru pulak..... walaupun sudah 2 tahun berlalu.... baru tergerak hati nak ambik gambar pakai baju kawen.... :) at least ada gak pengalaman posing tengah panas pakai baju kawen...
Ape2 pun layan jer la tengok2 gambar-gambar pose aku dgn MFS. Seperti biasa...kalau tak nak tengok .... sila jangan datang ke blog aku ni..... #okbai....
Nota hati: Don't put your happiness in the hands of someone else. If you really
want to be happy, you have to find this happiness within yourself.....
terima kasih kepada sahabat yang sangat memahami..... sangat menghargai.... perasaan kita tidak akan dapat diluahkan dengan kata-kata sebenarnya.... tapi aku bersyukur sebab masih ramai sahabat dan keluarga yang sangat memahami keadaan aku.....
Dan masih lagi ramai yang tak memahami tak pernah cuba untuk memahami.... lebih kepada mencari sebab untuk membenci.....memahami dan mengambil tahu adalah seiring kemudian simpan senyap2........ tetapi kalau mengambil tahu ke akar umbi... ujung2 tersalah info... pastu mencanang seantero dunia... ditokok tambah lagi... itu adalah fitnah.... so tepuk dahi tanya minda.... tepuk dada tanya iman.......
Dalam dunia ni.. ada macam2 jenis orang.... macam2 ragam.... macam2 perangai... so pandai2 la kita bawak diri.. fikir yang mana kawan yang mana lawan...... yang mana terbaik untuk diri kita....
kredit kat seorang kawan di Laman sosial muka buku
note
hati: If u know me, u will know that u treat me right, i will treat u better,
but if u treat me bad, i will treat u worse. :-$
Syaaban membawa
maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa
Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di
padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana
Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu
sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah
dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan
itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul
Ulama).
Bulan Syaaban
merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian
ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa
untuk menerangkan hati dan jiwa.
Rasulullah s.a.w
pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan
Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas
semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua
bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Nisfu Syaaban
Di dalam bulan
Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang
menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka
hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam
disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3
kali selepas solat maghrib.
Bacaan pertama
diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca
doa-doanya.
Bacaan kali keduanya
dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya,
kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan
ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian
dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa
agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu
Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu
kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan
diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya
sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka
terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Puasa Sunat di bulan Syaaban
Pada bulan ini,
digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri
lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w
bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang
berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada
akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh
puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada
tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah
s.a.w yang bermaksud:
“Dinamakan Syaaban
kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal
sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
Satu hari berpuasa
di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi
taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub
dan Nabi Daud.
Sesiapa yang
berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut,
dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan
Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
Sesiapa yang
berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban,
dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab
al-Barokah)
Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita
digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah
s.a.w.
Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang
mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan
diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan
menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.”
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat
Sangat digalakkan
untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari
segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan
jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah
Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya:
“Manakala masuk
bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah
bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)
(Al-Hadis)
sumber: biro agama WP
Nota hati: Respect is earned, Honesty is appreciated, Love is gained and Loyalty is
returned.
Sesekali nak feel2 like model ape salahnye..... gambar ni semua ambik bulan 12 tahun lepas... gambar photoshot sebelum gambar2 nih akan menyusur kemudian.... berat la nak upload gambar2 nih semua.......
mmg aku punya plan yang nak buat photoshot outdoor nih... yelah time mula2 kawen dulu tak kesempatan nak buat... so kebetulan dah ada member yang volunteer nak tolong ambikkan gambar so kami on jer lah....
Harap2 korang layan jer la tengok gambar2 ni semua.....ini baru separuh ada lagi nak di tempek kat blog nih.... maklumla sebagai kenangan di hari muka.... lagi pun aku & mfs terasa mcm kami ni ada ciri2 jadi model la kan.... hhahahahahaha..... kelasSSSS ko Ernie.. :p....
tp kalau korang tak nak tengok sila jangan jenguk blog ini......ok bai....
Nota hati: When someone brings more problems to your life than happiness; it's
time to show them the door where they can exit.
Sesekali outing ramai2 dengan semua ahli family adalah sangat menyeronokkan. Aku happy tengok mak abah happy jer... senyum je... sesekali gelak tawa tengok telatah anak dengan cucu-cucu.....
Last two week aku, mfs, Nurin & ain balik kampung kat Kulim, Kedah sinun.... time cuti sekolah .. tak sangka pulak tersama timing dengan along satu family pun balik. so ape lagi memang meriah sangat la... :) Adik pulak memang ada kat kampung sebab ada exam kat USM. So dekat dah... leh gathering same2.....
Mak plan nak ajak semua anak2 dia ke Pulau Aman. dan plan adalah menjadi..... semua pun join ke Pulau Aman kecuali kak hasni sebab kak hasni tengah sarat pregnant sekarang...... 4 biji kereta terus berdesup ke Jeti then naik bot terus ke Pulau Aman.....
Apa yang special sgt kat Pulau Aman adalah Mee Udang..... :) tp sori la ekh gambar terlupa nak snap..... huhuhuhuh.....memang sedap mee udang ni.. lau yg pedas sgt menyengat...kalau yg tak pedas pulak tak terasa langsung cilinya..... Angah tambah lagi beli udang lipan & ketam hidup... pastu terus bagi kedai tu masakkan..... yummmeeeeehhhhh..... bersakan kami semua makan......
Time pegi ni Ain adalah tak berapa sihat.. demam... so macam tragedi jugak la berlaku...... Ain tersepak beg jatuh dalam laut.... kelam kabut MFS mencapai kayu yang ada nak ambik beg tuh... baju salin dypers air segala dlm beg tuh... huh Nur'ain oh Nur'an...... aku tergelak jer tengok dari jauh... muka ain toksah cakap la.. punya cuak...hhehehehhe.. tau pun takut.... dah settle hal beg.....
Naik bot on daway blk pulak... Nur'ain bersakan termuntah kat dalam bot tuh.... mabuk agaknya.. .. + badan tak sihat agaknya..... panas pun ye jugak...... samapi je jeti terus tukar baju .. terpaksa pakai baju mia adnin anak kak chik... :) sepadan pulak dengan tema....
Gambar2 kat bawah ni diambil time masing dah nak balik.. dah kenyang.... tengah panas2 tuh ... kat jeti sempat lg masing2 minum ABC pulak..... sedap...... pastu pose ambik gambar..... sumer gambar ni diambil tengah panas terik ok..... bertahan jer masing2 senyum keras..... :)
along, Kak su, Aziz, Kak Chik, Abah, Mak, Angah, Adik MFS & aku... :) kami semua sayang mak abah hingga ke hujung nyawa... :)
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.
Yang lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia.
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)
Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sebagai contoh mudah, cerita lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah menjadi nahkoda kapal, mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan berdoa kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya.
Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian.
Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
Menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.
Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.
Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...
Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...
Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Ooo...ooo..ooo
Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...
Saat ini..
Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Dihatimu...
saat ini….....