Jeragat ni actullay ta memudaratkan pun kalau ada kat muka... cuma muka kite jd gelap tak sekata tak bermaya la.... segan la kot muda2 dah muka mcm tuh..... aku ni sebab aktif sukan.... pastu dok hadap cahaya matahari kerap sgt.... seharian.... muke x sempat sampai waktunya pun dah ade jeragat nih... sedih..... sekarang ni baru la gigih nak cari punca pastu nak amalkan petua bagai nak hilangkan jeragat nih.....
 |
| ihsan dr google |
Punca-punca jeragat ni apa
sebenarnya??
1) Kulit
kekurangan nutrien, kurang kolagen
2) Pengambilan pil perancang
3) Faktor genetik
4) Kulit terdedah terlalu lama kpd sinaran matahari
5) Pemakaian produk2 kecantikan yg mengandungi bahan kimia
di
sebabkan pemakaian produk yang tidak sesuai
6)
Lambat mandi
7)
Jarang membersihkan muka
8) Tidak
membersihkan make up
9) Terdedah
dengan hapa api semasa memasak
10)
individu berusia yang tidak menjaga kulit
11) Individu yang
berkulit putih lebih terdedah dengan jeragat
cuba tgk gambar aku kat bawah nih.... korang nampak tak bawah mata aku ada tompok hitam kecik besar.... sedih ok... gambar kat bwh ni x baper nampak clear sgt..... aku tak make up may be sebab camera kot kabur.... blur..... tp mmg ade nanti la aku try ambik gambar close up tgk..... now makin hari aku rase makin byk..... hurmmm... tu la malas nak jaga lg.... sekrg dah membiak byk baru nak jaga.... huhuhuh....so korang leh amalkan salah satu petua kat bawah nih..... jgn try semua sekali gus pulak...... tgk mane yg serasi dgn kulit kite nih..... selamat mencuba lah k...
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat.
Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam
putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu
tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Ambil Limau nipis, cuci bersih sambil
selawat. potong setengah dan sapu kat muka sebelum tidor. Lebihkan mencuci di
kawasan yang berjeragat. Tunggu 15 minit pastu cuci muka sambil selawat sampai bersih.
Petua 4 :
Perahkan limau nipis pada susu tepung dan lumurkan pada muka. Biarkan kering. Kemudian
basuh. Mudah je kan?
Petua 5 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap
pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 6 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu
manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang,
kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu
banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di
seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian
lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci.
Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan
air suam.
Petua 7 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di
seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat
anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Pilihan 8: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit
tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau
limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi
dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada
kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.
Petua 9: Ambil cuka, campurkan dengan sedikit
air.Sapu ke muka, tunggu sehingga kering. Kalau rajin mengamalkannya akan dapat
memudarkan jeragat.
nota hati: dah meningkat usia ni. makin galak nak menjaga kecantikan. :)