
Pesanan Buat Suami..
1. Selalu
menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri
bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil
tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri
dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali - kali
membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak
anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan
canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri
tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk
penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak,
sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri
sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk
tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali
duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik
dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas,
membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami
tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas
tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit
lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau
nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu
datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat
dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri
dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa
bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah
ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek
mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri
serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai
suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah
kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak
minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam
bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang
simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri
kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak.
Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu
di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu
dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada
para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk
kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan
perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat,
tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate
kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan
isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau
awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti?
Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri
nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri
sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto,
tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya
ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang
keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami
agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut
agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri
pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga
masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga
masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang
pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
kredit to Pa'e... ambik link dr fbnya...
nota hati: speechless.....