Pages

Friday, April 27, 2012

Tazkirah di pagi Jumaat 27042012





Amal Untuk Meraih CINTA ALLAH



Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? Tidak, cinta kepadaNya tidak terbukti hanya melalui kata-kata.
Hasan al-Basri rahimahullah berkata: “Para sahabat Nabi s.a.w. berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah.” Kemudian Allah mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepadaNya. Dengan itu Allah menurunkan ayat berikut:

 
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali ‘Imran: 31)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi.

Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan diri kepadaKu dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepadaKu pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepadaKu pastilah Aku lindungi.” (Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata:
“Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah, menjauhi perkara yang diharamkanNya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah s.w.t. semata-mata.”
Al-Quran
Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.
Firman Allah Ta’ala:

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak.”
Bukti DicintaiNya Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah, ada buktinya, ada tandanya.
Telinganya hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan, kaki, pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, bukan kemaksiatan kepadaNya.
Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?
Asy-Syaukaani berpendapat:

Allah s.w.t. memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan.

Siapa Bertakhta Dalam Hati ?
Firman Allah Ta’ala:

Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.
(At-Taubah: 24)
Kecintaan kepada Allah pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah.
Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga, perlu didasari cinta kepada Allah.
Kebahagiaan bergantung kepada apa yang menjadi neraca nilai. Andai syara’ diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah pasti bersama.
Kebaikan adalah apa yang syara’ tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara’ tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta, Allah Al-Khaliq.
Harta pula adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, jalan dakwah ilAllah, adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azabNya.
Semoga redha dan cinta Allah sentiasa bersama kita, kerana itulah yang penting buat kita.


By: Putera-Islam.com



nota hati: semoga dilembutkan hati DIA.....




Friday, April 20, 2012

Tazkirah di pagi Jumaat 20042012






Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?” Tapi pasti ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta manusia yang merosakkan, atau kita lebih memilih untuk berfikir soal hidup daripada mati. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu Allah dan tersungkur di lembah kejahilan yang penuh nista. Persoalannya kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia bergelumang dosa dan jahil tentang hakikat kehidupan di dunia ini?

Firman Allah:

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz -Dzariyat, 56)

Hidup ini sebuah perjuangan, dan perjuangan untuk membebaskan saudara seislam kita dari kejahilan merupakan satu jihad yang sangat mulia. Adakah Allah anugerahkan ilmu kepada insan-insan yang fakeh tentang islam hanya bertujuan untuk mengauli “kaki-kaki masjid dan surau”? Adakah ilmu Allah ini terpilih kepada mereka yang mahukan islam? Ilmu Allah itu tiada batasnya. Menjadi tanggunjawab kita sebagai seorang muslim yang Allah kurniakan sedikit ilmu untuk mendekati golongan-golongan jahil ini.

Firman Allah:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fussilat : 33)
Wahai para daei, adakah daqwah itu hanya semata-mata kalian mengajak mereka yang hanya mahukan islam dan tidak menyantuni mereka yang jauh dari Islam? Adakah ilmu kamu terlalu suci sehingga kamu merasakan terhina apabila berkongsi ilmu dengan penjahil-penjahil ini ? Kenapa kalian tinggalkan penjahil-penjahil ini jauh dibelakang? Mengapa apabila kalian melintasi mereka hanya pandangan sinis yang kalian lontarkan? Adakah penjahil-penjahil ini tiada nilai di sisi Allah? Muhasabah wahai para daei, mujahid dan mujahiddah. Tegar kamu membiarkan saudaramu sedemikian rupa? Terlalu hinakah mereka? Adakah uslub daqwah yang kalian gunakan hanya semata-mata untuk insan yang kalian sangka baik? Jika kamu berfikir sedemikian rupa, betapa kita kini mempunyai para daei yang tiada jiwa ummah.
Percayalah, setiap insan yang Allah ciptakan itu punya nilai disisi Allah. Kejahilan Mereka adalah Aset Kita.


By: Ismi Asraf



nota hati: diri sendirik tidak pernah mau mengaku kekurangan diri....










Friday, April 13, 2012

Tazkirah di pagi Jumaat 13042012

Gembirakan Orang Lain

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


 
Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.


Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.


Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka. 
 
 
 
nota hati: terapi diri dgn senyuman.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 12, 2012

Frenly match wt team Raffles College from Singapore



agak lame dah frenly match dgn budak kolej Raffles dr singapura..... budak2 umur 16 tahun nak bermain dengan akak & abg2 yg berumur 23 - 40 an kot...hahhahahahha korang sgt hyper ok... akak2 dan abg2 nih pulak.... stamina ke laut...huhuhuhuh ape2 thanks husna coz ajak akak main dlm game nih .... mmg best game nih..... enjoy.... dan penat.....






thanks jugak coz bg goodies  dr KPT.... next time lau ade lg uat frenly match dgn team luar..sila jgn lupa panggil akak lg ye..... mmmuuuuaaahhhhaaaaa....


nota hati: lepas ni merindu la nak main netball... :I




Friday, April 6, 2012

Amboi kuatnya IMAN ko sampai panggey org CELAKA




aku rase tak sumer org tau pasal hal kesah sebelum terjadinya Chatting seperti di bawah nih.... so biar la aku cerita kronologinya sikit2 jer la ekh..... lau tak citer langsung..pasti korang tak tau pulak ujung pangkal.....

ok actually pd awal2 aku masuk Division ni... aku tak nampak sgt perangai seorg perempuan ni....  namanya wan zakiah (bukan nama sebenar) ...... aku masih lg boleh bertegur sapa.... bercerita hal anak.... dan smpi time pregnantkan ain pun aku leh lg buat2 tak nampak jer ape benda yg die buat tak betul...... nak2 pulak ade seorg org kuat pengaruh (kononnya)  baik dgn die yg tiap2 ari pun dok cover benda tak betul die buat.... so as long as die tak ganggu gugat kehidupan aku sudah....... aku pedulik apa…..

as u ol know….. aku selagi die tak menyusahkan aku…. Aku just ignore…. Tp now dah tahap….  Org call ko x dpt2 ckp dgn ko sudahnya call aku…asyik la aku nak menjawab call ko…sbbnya ko tuh selalu MIA… selalu pun MC…. Manenye org nak cari ko menggagau Tanya org lain….. lame2 aku pun fed up la…..ini da lebih la….. ko da selalu ngelat nak wat kejer… kejer bukannya byk sgtpun….. lebih kepada takde kejer kot…. 

so pastinya korang tertanya2 ape la agaknya benda yg tak betul die buat ekh..... ok.... lepas aku abih pantang..... then aku bertukar jaga bos lain.... kira aku dah duduk sebumbung dgn die.... sblm nih aku dok dlm bilik.... bukan aku tak nampak die nampak jugak tp tak ketara......  lau dah tiap2 ari dok nampak... asyik la mengelat nak buat kerja...... asyik la dok kata bz sgt.... tpnya tiap2 ari leh chatting....  tiap2 ari masuk keje takat nak punch card on time... pastu hilang… keter mmg dah stand by kat bwh…. Kang kol 10 baru menjelma…… buat2 busy…. Then kol 12 lebih ko menghilang blk……. Masuk opis blk kol 2 lebih… setiap ari la rutin ko gitu ….. dan blk kerja adalah sharp kol 5 dah ilang…. Sgt jarang nak lebihkan setengah ke ape… so ko rase ko punye duit gaji tuh berkat ke tak???? Aku tak nak la ckp halal haram itu sumer Allah yg tentukan…..  jgn ingat org diam tak pernah komplen kejer2 ko tuh dekat ko… tp org2 tu sumer komplen kat org lain…. Paham…. Lg sedih kalau sendirik buat salah… tp sendirik tak tahu…. Tak pernah tahu…

aku mula menyirap dan sakit ati tak tahan dengan ko nih time kite ade operasi 5 S…. aku rasa ko sendiri dah tau apa yg ko buat kat aku….. ko leh tukar AJK sesuka ati tanpa arahan dr pegawai… even though ade gak pegawai ckp jgn tukar pun ko nak gak tukar… jelas kat situ saper yg busuk ati…. Then ape yg aku dah buat ko sesuka ati jer nak buat lain.. tukar sana sini… wal hal byk lg kejer lain nak kena buat…. Ko ambik kesempatan  time aku bz uruskan anak aku yg kurang sihat……  aku diam2 ko tikam aku idup2 dr belakang ekh…… so ko rase aku ker yg busuk ati???? … lau aku nih busuk ati dah lame aku mengadu domba kat big bos pasal perangai buruk ko tuh….. tp sbb aku ni pun bukan jenis selalu sgt nak ngadap bos ngadu pasal staff sana sini….

pastu dlm sebulan pasti la ada mc…. Kdg2 sampai seminggu ko MC….. sakit tak nampak katenye…….. kalau ko MC mmg sakit dok kat umah diam2 takper…. Ini merayap sana sini… lebih berani lg… ko boleh drive dtg tayang muke kat opis… tp ngah MC nih… kejer takleh buat… tp merayap sana sini boleh pulak…….  Korang leh pk sendiri la mcm mane…..  lg satu aku nak tanya korang… ade ker MC gantian????  . Bg aku dan jugak kwn2 aku yg tau penyelewengan die ni pun kate die ikut circular mane yg cakap yg ada MC gantian….. kalau MC masih boleh dtg opis buat kerja smpi lewat mlm… so itu dikira kita mampu buat kerja… tak layak kot utk dpt MC….. so sekali lg ko rase berkat tak duit gaji ko tuh????? 

Pastu ko asyik la ckp aku nih tak puas ati dgn ko….. aloooooo… come on la…. Ko tu saper jer aku nak tak puas ati nak berdengki..nak busuk ati…… bg aku ko tuh bukan saper2 pun….. kononnya junjung Quran tak pernah mengata atau ambik tahu hal aku….. berani ko bermain dgn Al-Quran….. sgt berani…. Tp bg aku…. Antara sedar atau tidak kita ni manusia biasa… amat mustahil kalau tak pernah mengata…berkata sesame manusia…. tak pernah ambik tau hal aku konon…. Dah tu ko stalker blog aku untuk apa???? Kalau bukan nak ambik tau aku up entry apa….. nak tahu cerita2 aku….. nah aku up entry khas untuk ko nih…. Ko bace la puas2…….. blog aku yg ala2 aku nih muslimah sejati ….. itu hak aku… dan saper ko nak kate tahap iman aku… ko tak layak kot…. Walaupun iman aku tak kuat… tak pernah mengaji kat tanah arab sinun… tp sekurang2nya aku takpernah panggey org celaka….. tak pernah nak ugut2 org….. tak pernahnye nak percaya bomoh2 nih…. Upsssss…… 

Lau ikutkan amarah aku nih…. Aku rasa terlalu byk perkara yg aku tau pasal ko… bukan aku mencari tp ada org lain dgn sendiri dtg bercerita perihal ko… dan kalau aku raise kat entry ni … aku rase sgt mengaibkan….. so aku mmg tak nak lah…. Cukup la aku ckp…. Menyekutukan Allah itu adalah dosa besar…. Tp bukan hak aku untuk tentukan tahap dosa sesorang itu… so ko pk la sendirik…

Sekarang nih aku up status ape pun kat YM… kat Fb kat Twitter… ko akn sentap sakan….. walaupun aku tak pernah menntion name ko…. Ko tetap akn terase…. Dan aku rase aku tau sebabnya… sebab ape yg aku ckp tu… ko buat KAN????? Sebab tu ko nak terase sgt….. yg ko up status kat YM membagi aku…. Sikit pun aku tak petik ko…nak YM hamun ko jauh sekali….. bg aku itu bukan aku… sbb takde mention name aku pun….so just ignore….. so skrg dah smpi masenye untuk aku remove… dan block ko….. forever n ever….. full stop….. lgpun sekarang ko dah takde depan mate aku…. Dah ditukarkan ke unit lain…. So… Syukur Alhamdulillah…. Doa aku dimakbulkan…… semoga ko akn lebih muhasabah diri…… jgn asyik nak salahkan org…… jgn asyik nak kate org lain busuk ati dgn ko…. Jgn nak kate org lain asyik nak ambik tau hal hidup ko….. ko leh pk sendirik la….

Oklah takat ini jer kot aku rase aku blh luahkan perasaan aku….. aku kalau boleh taknak mengaibkan org… tp anggap la ini sebagai muhasabah diri…. Cuba ko renung2 balik…..  jgn pk diri sendirik sentiasa betul…. Dan org lain sumernye salah…..

then baru korang leh bace YM di bawah nih... hrp2 korang paham ape yg aku alami... sekian.....






da aku syak anon kat bawah nih adalah ko........ ye aku salah sbb syak ko.... tp ko leh junjung Al-Quran kalau ko yakin bukan ko... :)...

 



nota hati: memang freak!!!




Tazkirah di pagi Jumaat 06042012



BERAMAL SOLIH SETELAH BERBUAT DOSA SUPAYA MENJADI PENGHAPUS DOSA TERSEBUT 

Dari Abu Dzar & Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah Kamu kepada Allah di mana saja berada, ikutilah keburukan (dosa) dengan kebaikan (yakni berbuatlah kebaikan setelah melakukan dosa), nescaya kebaikan itu akan menghapus keburukan tersebut, dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.” (Hr.Tirmidzi)
Salah satu nasihat Rasulullah SAW kepada umat ini adalah supaya bergegas melakukan amal Solih setelah berbuat dosa, sehingga amal-amal solih itu menjadi penghapus dosa-dosa tadi. Al-Quran juga ada menerangkan dalam Surah Hud, Ayat 114- :Sesungguhnya amal-amal Solih menghilangkan dosa-dosa. ”
           
Ini merupakan anugerah Allah SWT yang sangat besar, di mana dosa-dosa terus-menerus terhapus dan dimaafkan dengan amal-amal Solih. Dalam berbagai hadis diterangkan , “ Apabila seseorang mukmin berwuduk , maka dosanya berguguran dari matanya, tangannya, kakinya, wajahnya, kepalanya, dan telinganya.” (Hr.Muslim)  

Diriwayatkan dari Uthman r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja orang Islam yang ketika tiba Solat Fardhu , dia berwudhuk dengan baik, lalu Solat melakukan ruku’ & sujudnya juga dengan baik, maka Solatnya itu akan menjadi penghapus(kaffarah) atas dosa-dosanya yang lalu, selama dia tidak melakukan dosa besar, dan begitulah penghapusan dosa itu akan terus-menerus seperti itu”. (Hr.Muslim) 

Dalam sebuah hadis disebutkan, “ Di antara lima waktu Solat, dan Satu Jumaat ke Jumaat berikutnya, juga dari bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah penghapus bagi dosa-dosa yang terjadi di antara Keduanya, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar.” (Hr.Muslim) 

Dosa-dosa yang terhapus dengan amal-amal Solih di sini adalah dosa-dosa kecil , sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para Ulama’. Para Ulama’ menerangkan , “ Jika dosa-dosa kecil itu tidak ada ataupun sangat sedikit, maka amal-amal Solih itu akan meringankan dosa-dosa besar, dan juga menjadi saranan untuk lebih meninggikan darjatnya di sisi Allah SWT.  
DISCOVERY THE BEAUTY OF ISLAM`
kredit kepada~ BIRO PENGAJIAN & PENERANGAN SURAU AL-ILLIYYIN WP, KLN
nota hati:  insafi diri...... 

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday








nota hati: rindu sgt...sgt222...