Pages

Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

....::: Wordless Wednesday::::.....




nota hati: dunia ini bulat bukan? senyum & say nothing... :)



Monday, June 16, 2014

bloody nose.....



lately ni hidung ni selalu sangat bleading... aku pun x tahu kenapa.... mungkin faktor cuaca... bg aku cuaca sekarang kurang lebih sama je mcm kat Malaysia..... panassss.....mungkin hidung aku ni kot ..mengada-ngada....  

dulu tie musim sejuk pun sama jugak selalu bleading hidung... tp kali ni lagi teruk... siap sakit hidung... rasa sgt x selesa..... pastu bersih kerap sgt..... resdung aku ni makin menjadi2 kot.... adoi... kena mencari sebab jugak ni.....   mungkin faktor tukar2 cuaca kot punca hidung aku ni kerap berdarah... harap2 tak serius la..... 

nasib baik jugak nur'ain xde masalah mcm aku... tp mfs tu ada gak ngadu hidung dia berdarah.... tp tak kerap mcm aku la..... aku ni dok kuar tiap2 hari kot... dok hirup debu pasir tiap2 ari... itu la sebabnya kot... 
mfs kate debu pasir sini tajam.... ada benarnya.... debu yg kita x tahu asalnya... semua pun debu kotor2.... hurm...kena beli mask ni... tutup idung jln pg2 gi keje... blk keje... mau semua pun tgk aku.... elok aku berpurdah je kan???  :)... tp berpurdah ada sebab yg sepatutnya... mcm not gud la kan???/  

sampai masanya nanti .... tp bila... hanya Allah yg maha mengetahui... semuanya pun gerak dari Dia jua... :)



nota hati: In life you will meet two kinds of people. Ones who build you up, and ones who tear you down. But in the end, you will thank them both...

Wednesday, June 11, 2014

....::Wordless Wednesday::.....









nota hati: try jd cheff terbaek utk MFS & family aku.... :)






Thursday, May 29, 2014

#Throwback Kidzania wt kiddos.....



Asyik throwback jer aku nih.... hahahahahha sbb nak clear kan draft.... dulu malas benar nak up entry tersimpan je kat draft... so syg sgt la kalau tak buat entry ... so up entry pun... tgk gambar je lah...... ada sbb kenapa aku up entry2 yg dah lama gila dlm ni... .....





















Sebabnya aku rindu sgt kat anak dara aku yg sorang ni... rasa lama sgt tak jumpa dia...... dah besar panjang agaknya..... dan aku harap dah takde soalan2 yang akan menyinggung perasaan aku..... contOh:-

eh kenapa ko tak bawak nurin ke cairo.....???
kenape ko tak dpt hak penjagaan Nurin?
kenape ko tinggal nurin di malaysia....??
ko tak rindu Nurin ke?

jawapnye nanti korang hadap la muke ala2 nak bg penumbok kat korang...... korang tak berada di mana aku berada sekarang.... so korang takkan paham..... dan korang tak boleh nak speku yg bukan2.... tak semestinya nurin tu tak duduk dgn aku sbb aku ni x layak...... sbb tu x dpt hak penjagaan..... x perlu aku rase utk aku jelaskan kat sini... sbb aku tahu korang takan paham....

Alhamdulilah... syukur.... aku ada kawan2 yang bg aku situasi yg lebih kurang sama..... dan aku selalu keep in touch dgn diorang... minta pendapat..... Alhamdulillah boleh share..... at least aku terase ringan sikit.....

Thank you korang..... sudi nak dgr aku citer... dan sudi kongsi experience korang.....  

bg aku ini semua ujian drp Allah.... aku terima walaupun perit...... apapun situasi aku tetap akn cuba mencari peluang untuk untuk lebih dekat dgn Nurin Atiqah... how hard i try.... no ones knows.....










nota hati: jazakallah........ shafakallah.......







Sunday, May 25, 2014

Misi Mencari Cinta di bumi Anbiya.....




 Semoga segalanya di perkenankan olehNya......


Cinta kepada Allah itu pasti..... tiada yang akan menyakiti dan disakiti..... ia kekal selama-lamanya....




Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



nota hati: teguhkan lah hati ini Ya Allah... :)





Right and Wrong



Right and Wrong


What appears right may have shadow of wrong

Hidden deep under the righteous ground
What appear wrong may still possess some light
Covered under the thick cloak of blight

What appears true may hold false at root
Shielded by the shiny mask of truth
What appears false may still hold some right 
Shrouded by the dark foggy blight. 



These are the indicators between right and wrong

Do we live in tension and discomfort
Or do we feel free with a clear mind and pure heart?
One path leads to remorse, the other to joy


If right decisions we consistently make

We will trust ourselves and others will too
Because the worst feeling to have inside
Is when we can’t even trust the choices we make














nota hati:  no body perfect.... :)





Saturday, May 24, 2014

aku cinta DIA.....





`~» ''Bila ada orang MENASIHATIMU..
BUKAN bermaksud mereka LEBIH BAIK..
Bila ada orang MENASIHATIMU..
BUKAN bermakna mereka LEBIH ALIM..
Bila ada orang MENASIHATIMU..
BUKAN beerti mereka MENUNJUK PANDAI..
TETAPI , semata-mata kerana mereka itu..
MENYAYANGIMU & mereka MENGINGINKAN yang TERBAIK buat dirimu.. ~ ♥ ツ

`~» KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..




Friday, May 23, 2014

Berubah atau diubah



ye.. lately ni aku lebih suka up entry islamic sikit.... mmg sikit je pun..... mungkin kerana aku di bumi anbiya' salah satu sebabnya..... tapi bukan sebab aku telah berubah 100% ke arah muslimah sejati... masih jauh lagi perjalanan aku......

aku sedang berubah... InsyaAllah ke arah yang lebih baik...... aku kagum dengan perubahan demi perubahan yang berlaku kepada kawan baik aku..... normaya mukhtar now dia lebih utamakan ilmu2 islamiah.... aku kagum... serius kagum........ dan aku admire kepada dia..... aku jua akan berubah ke arah itu.... lebih baik.... :)  tahniah..... nanti jgn lupa dtg sini ye normaya mukhtar.... :) eh tetiba ja... hihihihi

kita solat kerana mmg kita diwajibkan solat menurut Islam..... tp kita tidak blh hanya solat kosong.... tanpa memahami... setiap bait ayat alquran yg terdapat di dalam bacaan solat itu sendiri... ada maksud...ada ertinya.... oleh itu... aku mahu memahaminya dulu.... solat itu wajib tp pemahaman & pengertian ayat dalam solat juga wajib juga kita tahu....

aku tahu baca Al Quran.... tp aku x tahu maksud dan pengertian ayat2 Al -quran secara menyeluruh..... betapa beruntungnya sesiapa yang dapat memahami setiap bait kata AlQuran..... Ya Allah aku ni terlalu jauh daripada Mu....

Now aku akan mula dari bawah..... aku akan mula dari surah Al Fatihah..... sehingga selesai aku membaca Kalam Ilahi... aku akn cuba sedaya upaya utk tahu setiap makna ayat2 di dalam Kalam Allah..... itu vision aku.... lebih2 lagi di bumi anbiya' ni....


Subhanallah... semoga segalanya dipermudahkan Ya Allah.....



nota hati:  semua gerak geri daripada DIA jua..... 



Thursday, May 22, 2014

CUT & PASTE sebagai muhasabah diri..... #tiadamaksudtersuratmahupuntersirat



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram...
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam...
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki



nota hati: semoga dijauhkan daripada terjadi kepada mana2 wanita... dan mana2 lelaki sekali pun...... Subhanallah..... Allahuakhbar



Wednesday, May 21, 2014

Ikhlas dari hati....



Sebagai ibu... aku sedaya upaya mahu manjauhkan diri daripada menyebut bahasa-bahasa kasar.... kata-kata kesat...... dan juga perbuatan2 kasar.... lebih2 lagi di depan anak2.... ya bimbang satu hari nanti anak2 akan menggunakan bahasa kasar... dan kata2 kesat.... mungkin bukan di hadapan kita sebagai ibu bapa...tetapi di belakang kita.....

so, lebih baik kita mengelak... daripada terjadinya perkara-perkara begini..... ya memang gerak geri ... semuanya daripada Allah jua...... tetapi mengapa Allah menjadikan Manusia bersama akal dan fikiran??? Mengapa?... masih tidak terjawab... dan jawapan ikhlas aku... dan dari fahaman aku... daripada pengalaman yang terjadi di bumi anbiya' ni..... supaya kita dapat berfikir..... mana yang terbaik... mana yang buruk..... itu saja..... dan sesungguhnya semuanya daripada Allah jua...... jika ia baik.... x salah kalau kita ikut... bukan sekadar ikut-ikutan.... tetapi fahami dalam2.... dan jika ianya perkara yang x baik.... perlu kah kita ikut???? tepuk dahi tanya minda.... 

telah tertulis di luh mahfuz...... setiap apa jua kejadian yang berlaku di muka bumi ini....... itu semua rahsia Allah..... kita sebagai manusia yang waras.... berfikir la dgn bijak..... tak semua org pandai itu cerdik..... dan tak semua orang yang bodoh itu bodoh...... kadang2 kita menjadi manusia yg selalu sangat menghukum sesama manusia..... itulah punca perbalahan kita...... 


pucuk pangkal... kita tengok pada diri kita sendiri... di mana tahap kita..... apa yang berlaku dengan diri kita..... kita boleh berfikir... tp tak bermakna yg haram itu kita halalkan... dan yg halal itu kita haramkan.......

MasyaAllah terlalu banyak perkara berlaku di bumi Anbiya' ini membuatkan aku terfikir ke tahap ini......

Semoga segalanya dimanfaatkan sebaiknya..... maafkan segala kekhilafan aku selama ini..... 

Doaku........ semoga segalanya dipermudahkan.....  



Let the picture tell you the story......


nota hati: kerinduannya, cintanya, dan kesetiaannya



Tuesday, May 20, 2014

MASA



Kita menyayangi sesama manusia tidak semua membahagiakan...... selalunya menyakitkan melukakan..... so muhasabah diri lebih baik kita sentiasa menyayangi Allah.... kerana dia tidak akan pernah menyakiti dan melukakan.... itu adalah pasti.....

sometimes i need to be alone.... but not lonely..... just to find the quality time for myself... to know myself..... but without my princess... its going to be very tough time.....










nota hati : Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya"- Al Anbiya ayat 3



Monday, May 19, 2014

.....::TeRbAnG TuNdUk::....




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
 
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana


Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
 
Tiap yang memijak-henyak 
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.



nota hati: 1 story.... 1 memory.... 1 feeling.... 1 scar..... bitter sweet....




Wednesday, April 16, 2014

Wordless Wednesday





nota hati: this  is the fact..... 




Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370



Assalamua'laikum....


lama jugak aku berdiam diri dari dunia blog ni.  tiba2 hari ni aku dpt kekuatan utk buat entry.... tu pun sbb hati aku mcm sayu jer terkenangkan apa dah jd dgn flight MH370...

so aku buat buat entry khas utk MH370...  aku masih lg mengharapkan keajaiban...  supaya MH370 ditemui... dan semua passengers dlmnya selamat.... masih lg berdoa begitu..... dan akan sentiasa berdoa... walaupun sudah 6 hari hilang tanpa ditemui apa2... walaupun sedikit klu.... hurmm... muhasabah diri kita la.... tiada kuasa yang paling hebat...melainkan kuasa Allah.... Kun fa ya kun.....  

around the world are praying for you #MH370 ... so ... may the God answered our doa2.... barrakallah....  for those who are always create rumors.... pls stop it.... tak membantu kot..... lebih menyeksakan family yg terlibat ada lah.....

anyway tu jer .... till i write the next entry... but when??? huhuhuhu  ngah berdoa gak ni supaya rajin2 up entry kat blog sendu ni...:P walaupun sendu ramai gak yg jengah ke sini...:P



nota hati: miss my other half..... 





Friday, January 24, 2014

Salam Jumaat yang penuh Debaran....



ha dgr tajuk je korang sure dah tertanya2 kan??? :)   sbb pg td pukul 6.30am... bergegar dengar sampi umah aku bomb blast..... terkejut kot.... now dierang dok rancak bomb sana sini... tp balai polis la jd target utama.... besok revolution day kat egypt... so lg meriah la dierang ni nak bom sana sini... kreatif dierang ni...bom buat sendirik jer... lebih bermutu kot lau buat sendiri.... hurmmm.... mesir oh mesir....

so, kena prepare la apa yg patut.  stok brg basah kena sentiasa ada.. lau x ade pun alamatnya tiap2 ari mkn sardin dgn ikan bilis jer lah.... huhuhuhuh..... tak pun bihun goreng or spagethi goreng .. itu adalah stok bawak dari malaysia...... syukur alhamdulillah... :) 

yg lebih penting top up kena ada.... huhuhuhu kena simpan byk2.... moga tak terputus hubungan dgn family di malaysia....

so harap2 lepas ni dierang stop la bom sana sini suka2 hati......

yang lebih merisaukan .... jangan bangunan embassy  menjadi target sudah..... lau boleh .. bumi anbiya ni kembali aman damai la.... macam dulu..... hurmmm

marilah kita sama2 berdoa agar bumi anbiya' ni kembali gemilang dan aman damai macam dulu2.....


nota hati:   I am not young enough to know everything





Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri




nota hati: terkenangkan ketupat palas dan rendang mak.. uhuk. :I





Sunday, August 4, 2013

MISTERI SURAH AL FATIHAH

 
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
 
JIKA KITA MEMBACANYA DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
 
nota hati: beramal..... dgn telus.... Insyaallah akan sentiasa diterima
 
 
 

Wednesday, July 24, 2013

A day before leaving..... :I

Assalamua'laikum....

Dah nak dekat sebulan dah kat bumi anbiya' nih...... baru la aku nak update sikit2 citer.... tp kena la start dr a day b4 aku fly ke bumi anbiya'... coz ade cerita yg aku rase penting....

actually a day b4 Aku departure to Bumi Anbiya' nih... aku terima call dari Bos di sana.... memberitahu bahawa tarikh aku report duty nanti iaitu 30hb Jun 2013 adalah hari demonstrasi secara haibat... besar-besaran akan berlalku di sana.... but die kate no worries coz still lg under control... then so far takat kuarkan notice curfew jer.... dan ikut security guide yg telah diedarkan..... 

dalam hati aku agak berdebar2 jugak lah... pastu aku bgtau kat MFS.... then dgn Parent aku .... family aku yg lain aku x bagitau apa pun.... senyap jer takut dierang risau....

but aku terima jer cabaran dan dugaan ini... Dah mmg ini ketentuanNya...... aku Redha... :)
 
so bz la aku dgn packers.... dgn segala last minit preparation untuk berangkat ke bumi anbiya'..... mental preparation yg paling penting.... :)




nota hati: sori kengkawan.... at the moment... no pictures ok... :)bacalah mcm diari or cerpen jew.... :)





Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan di bumi anbiya'

 
Tahukah anda, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan kepadanya 4 malaikat.

Malaikat Pertama : akan ambil SELERANYA.
Malaikat kedua : akan ambil REZEKINYA.
Malaikat ketiga : akan ambil KECANTIKANNYA (wajah menjadi pucat)
Malaikat keempat : akan ambil DOSANYA

Dan apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, Allah akan suruh malaikat pertama,kedua & ketiga untuk beri balik apa yang diambil olehNYA buat sementara waktu iaitu nikmat SELERA, REZEKI & KECANTIKAN.
Tapi, Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk beri balik DOSA hambaNYA yg telah diambil. Nak tahu kenapa?

Sebab sakit itu ujian Allah. Sakit itu kafarah(penghapus) dosa bagi tiap2 hambaNYA. SubhanAllah.. betapa kasih, mulia & baik hatinya Allah pada hamba2NYA. Sebab tu kene selalu husnudzon (bersangka baik) bila Allah uji kita dgn rasa sakit.

Sungguh kasihnya Allah pada kita. Dalam Dia menguji kita dengan nikmat sakit, ganjaran dan pahala tetap ada buat kita, hamba-hambaNYA.

subhanallah..
 
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..:')
jangan mengeluh dengan apa yang menimpa diri..
Allah cuma rindu untuk mendengar Rintihan HambaNya..
maka dia berikan kita dugaan,ujian dan cabaran dalam hidup..
supaya kita kembali padaNya.
bak kata MFS.... kenal pasti dan mencari apa dosa silam kita yang Allah cuba hapuskan.. :I  Kebenaran kata2 dari seorang suami. :) lalu muhasabah diri...

kredit kat FB: Intan Iszana
 
nota hati: :)
 
 

Sunday, June 30, 2013

Salam Dari Bumi Anbiya'....



Syukur Alhamdulillah.... walaupun sehingga ke saat ini banyak dugaan yang perlu ku tempuhi..... semakin yakin doa Ku kepada Allah.....

Barakallah.... doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga......

Terima kasih tak terhingga buat yang sentiasa membantu untuk memudahkan... melancarkan perjalanan aku sekeluarga ke bumi anbiya' nih.... |Alhamdulillah.....

Buat keluarga..... kawan2.... maafkan segala salah silap aku sekeluarga..... halalkan makan minum kami jua....


Love... hug.....


Insyaallah ada kesempatan ku update blog ni lg.... :)




nota hati: separuh nyawa di Malaysia....