Kita renung dulu
ayat ni sebelum nak bercakap buruk tentang orang
![]() |
| Jangan duk mengata orang
sangat la, kerana mungkin orang yang dikutuk tu LEBIH BAIK dari kita atau LEBIH MULIA di sisi Allah. |
Bila aku cuba
berpesan macam ni, bukan maksud aku tak pernah mengata dan bersangka
buruk terhadap orang.. Insanu dhoifa kata Allah, "Manusia itu
diciptakan bersifat lemah".
Tapi aku berusaha untuk TIDAK bersangka dan berkata buruk tentang orang.
Tapi aku berusaha untuk TIDAK bersangka dan berkata buruk tentang orang.
Untuk saling
berpesan-pesan bukan perlu tunggu kita jadi baik sempurna dulu.
Sebagaimana para sahabat telah bangkitkan soal tersebut
![]() |
| Meskipun kita tak
sepenuhnya amalkan kebaikan tapi kita perlu tetap menyeru orang berbuat baik |
Kita sering
mengejek dan memperlekeh orang bilamana mereka cuba mengajak kita jauhi
kemungkaran.
"Cakap pandai! Kau tu pon bukan baik sangat, bukan
pakai tudung labuh pon"
"Nak blagak warak, padahal wat dosa jugak"
Dalam sehari-hari
kehidupan kita, kadang dengan mudahnya kita berkata buruk tentang orang
lain dan itulah ujub dalam diri kita. Aku bagi beberapa senario sebagai
contoh
- Kamu sedang memandu dengan pemanduan 110km/h tiba-tiba bertemu satu kereta di depan yang memandu 80km/h. Memang tak laju mana, tapi bersesuaian lah dengan had laju jalan negeri. Tidak berpuas hati kerana terpaksa menekan brek dan memperlahan kan kederaan, lalu dengan mudahnya mulut kamu menuturkan
- "Hey bodor, tak reti tekan minyak ke ha?!"
- Sedang duduk menunggu tren bersama kawan-kawan, datang seorang gadis bertudung dan berpakaian agak ketinggalan. Berbaju kurung cotton yang agak berkedut menyandang beg tak berjenama. Tak semena-mena terbit dari mulut kamu
- "Wey korang tengok budak tu. Dari hulu mane ntah dia datang, ntah-ntah orang asli kot"
- Kamu menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakan. Bila melihatkan pasangan pengantin, hati kamu rasa tak tenang selagi tak meluahkan yang
- (L)- "Eii pengantin lelaki hensem cam aku tuuhh, tapi yang pempuan tu..yeerrkk tak bernafsu aku!"
- (P)- "Cane la Nik boleh minat kat pempuan tu, aku lagi lawa kot!"
Berprasangka,
mencari kesalahan/kelemahan orang dan mengata. Pakej lengkap untuk dapat
makan daging free. Daging saudara kita yang telah mati.
Setiap kali nak
kata atau fikir buruk, bayangkan dulu keadaan kita tengah duduk bersila
di depan sekujur jasad ibu kita, dan memamah daging nya. Sanggup kita
makan daging mentah? Tak sanggup. Apatah lagi nak makan daging saudara
sendiri.
Sebelum tutup
bicara, suka aku mengajak korang pergi secara sepintas lalu. Ketiga-tiga
penyakit ini kelihatan hampir serupa, iaitu
- sangka buruk (su'u dzon)
- mengintip dan mencari kesalahan orang lain
- kata mengata.
Bersama samalah
kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit-penyakit hati
ini. Jangan biarkan ukhwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana
penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam
diri kita.
nota hati: sedang
belajar kurangkan berkata2. Mampukah.



























