Aku adalah peminat tegar cerita Cinta Elysa..... aku pun tak tau naper... aura ape yg ade kat drama bersiri ni aku pun tak tau... rasenye aura same dgn Suffya & tentang dhia kot... tp citer suffiya & tengtang dhia aku takde la sgt ternanti2.... tp citer cinta elysa nih mmg aku sgt ternanti2 tiap2 minggu... sebab seminggu sekali jer pun.... mcm tak puas jer nak tgk 1 jam..... nih ngah ternanti2 lg next episod punye..... dah nak ke episod 11 baru aku nak up entry pasal citer nih.... :)
Owh aril...... sgt egoistik & hipokritnye kamu.... hahahahahah emo plak aku.... aril .. samseng yg ensem... :)
Sinopsis Cinta Elysa
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang
dialami oleh Aril (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab
menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya.
Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin
dan sepupunya yang perempuan nama Elysa (Fasha Sandha).
Jasman, bapa saudara Aril, membawanya
pulang ke rumah kerana Aril anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih
sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan
Jasman. Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya
Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej dari diganggu oleh
lelaki. Kira Aril ni jadi bodyguard Elysa lah.
Jasman mahu Aril menjaga dan memastikan
keselamatan anaknya sebelum dia meninggal dunia dan berpesan kepada Aril
supaya menjaga anak-anaknya hingga mereka tamat pengajian. Walaupun
Aril seorang samseng dan dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu
saudaranya (Zila Bakarin) dan sepupunya (Fasha Sanda), tapi dia
terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan
dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar,
dalam diam Aril menaruh hati dan menyintai sepupunya Elysa. Oleh sebab
cinta yg kuat kepada Elysa, Aril masih duduk di rumah tu walaupun
dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tak suka Aril, namun
begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia
dari diganggu oleh lelaki lain maka berputiklah sayang dia pada Aril..
Ibu saudaranya menghalau Aril keluar
dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril
menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka
Aril hidup mencari rezeki cara tak elok dan mahu Aril cari kerja yang
halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba
berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat
dan teguran Elysa.
Drama Cinta Elysa terbitan Suhan Movies ni yang akan menemui peminat
pada setiap Selasa jam 9.00 malam, di TV3!
kita satu - spider
Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Kerana engkau adalah milikku
nota hati: terjadi di dunia nyata....