Pages

Monday, June 14, 2010

seksanya memaafkan untuk kesekian kalinya.....



Apabila kita terluka, selain untuk bangun semula, satu perkara yang susah untuk dilakukan adalah memaafkan yang melukakan itu.....

Mungkin kerana jika kita memaafi, kita takut kita akan jadi lalai dan terlupa, lantas memberi ruang untuk hati kita dilukai lagi......

Mungkin kerana jika kita memaafi, kita takut seolah-olah kita menerima dengan rela hati perbuatan yang melukakan kita itu.......

Memang akan ada suara-suara sinis yang berkata.... "sedangkan Rasulullah s.a.w. ampunkan umatnya".... mungkin yang berkata itu terlupa bahawa kita bukan rasul..... tidak punya sifat maksum.... tidak punya akhlak yang baik.... tidak punya kekuatan sekental Rasul.....

Jadi, ambil jalan yang tidak menyeksa diri... biarkan sahaja, jangan memaafkan.... maaf akan datang apabila kita bersedia.... tiada kemaafan separuh kalau fikiran kamu menerawang sekarang....

Hanya memaafkan ataupun tidak memaafkan..... mungkin memaafkan diri sendiri terlebih dahulu kerana membiarkan diri kita terluka......

YA, KITA PATUT CUBA YANG ITU DAHULU.......


KREDIT: wahida rahim @ http://pergimainjauhjauh.blogspot.com
PEREMPUAN SIMPANAN oleh SINDIKET SOL-JAH.....



Ya Allah...Ya Tuhanku...... aku sujud pada mu.... aku mohon padaMu.... berikan aku kekuatan... berikan aku ketabahan... berikan aku kesabaran...... berikan aku ketenangan.... berikan aku keberkatan....... amin....




nota hati: layakkah diberi peluang kesekian kalinya kpd dirinya???



2 comments:

>>LUTAUSAPE said...

Petik dr kata2 si ariff...peluang dan kemaafan hanya utk kesilapan sekali dua yg tidak disengajakan dan bkn utk si pesilap yg dgn sengaja melakukan kesilapan yg sama utk kesekian kalinya...yg memberi peluang dan ruang tidak silap,tapi hanya sekadar mengharapkan keajaiban merubah keadaan..jika hati sudah tidak tertahan,hentikn memberi ruang dan peluang itu...

mya said...

bertabahlah wahai sahabat