Penghulu Istighfar
Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila
seseorang mengatakan,
(Ya
Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan
aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan
aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan
kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali
kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada
yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).
Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)
nota hati: speechless....
1 comment:
tq for sharing this ^_^
Post a Comment