Untuk mendapat ketenangan dalam hidup,
berikanlah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan orang
barulah kita akan rasa bebas dari belenggu individu, peristiwa atau
keadaan yang kita benci. Selagi kita belum memaafkan, selagi itulah apa
yang kita benci akan melekat pada diri kita. Ingat, kita tidak akan
bahagia selagi kita tidak memaafkan orang-orang yang terdekat dengan
kita. Bahagia itu bukan dengan menerima, tetapi dengan memberi. Jadi,
jangan sukar untuk memberi kemaafan.
Orang yang sukar memberi kemaafan akan mudah terkena penyakit jiwa. Kekacauan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu. Penyakit ini tidak dapat diubat oleh sebarang pil tetapi akan pulih dengan sifat memaafkan orang lain. Plato pernah berkata, “Kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran, sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Oleh itu berikan kemaafan sewaktu masih ada kesempatan kerana kiranya individu itu meninggal dunia kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat.
Betapa sukarnya melafazkan sayang!
Jika anda menyayangi seseorang, lafazkanlah. Penyataan kasih sayang perlu ada dalam membentuk satu hubungan yang harmoni. Ianya mestilah mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Sayangnya ramai pasangan yang kurang meluahkan rasa sayang ini melalui kata-kata. Jangan sesekali beranggapan bahawa sudah cukup kasih sayang yang bersemi di hati, tidak perlu diluahkan. Kata-kata amat penting kerana ia akan menyentuh emosi dan sekaligus membuat pasangan rasa dihargai.
Jangan malu melafazkan sayang. Kasih sayang ini ada hukumnya. Hukum kasih sayang ialah :Berikan dahulu kasih sayang kepada orang lain, barulah kita akan mendapat kasih sayang mereka. Perceraian sering dikaitkan dengan putusnya kasih sayang antara suami isteri. Dalam hal ini mereka sebenarnya sukar sekali ingin memberi tetapi lebih kepada ingin menerima. Masing-masing enggan berkorban. Hakikatnya, mereka bukan sayangkan pasangan tetapi lebih sayang kepada diri sendiri. Orang yang terlalu mementingkan diri sendiri akan meminggirkan orang lain.
Hargailah pasangan kita selagi ia masih ada di depan mata. Hidup ini terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak akan kembali lagi. Yang patah tak akan tumbuh lagi. Jadi hargailah semuanya selagi masih ada. Mungkin esok anda pergi tidak akan pulang lagi. Atau isteri yang setia menunggu di sebalik pintu sudah tiada lagi. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan kasih sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia selagi orang yang kita sayang tidak bahagia!
nota hati:...... terpalit rasa benci....
4 comments:
lps kita memaafkan seseorang 2, barula kita akan kecapi kebahagiaan..siapa kita untuk tidak memaafkan orang.biarlah tuhan yang menghukum..kn..kn..:p
hi cik adik cakap senang belum kena batang hidung sendiri fikir2kan kembali.... so sendiri mau ingat...:D
hunnybunny: akak setuju sgt ok....
cik anon: sbb dah kena btg idung sy la sy berani buat entry cenggini... sy beringat kot...
Post a Comment