Pages

Friday, March 9, 2012

Tazkirah di pagi Jumaat 09032012




Biarlah kukemukakan hadis dari Munabihat oleh Ibn Hajar. Sekali peristiwa sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabatnya Beliau bersabda. “Tiga perkara dalam dunia ini yang sangat-sangat kuhargai- wangi-wangian;wanita dan solat- “penyejuk mataku”. Sahut Abu Bakar r.a. “Benar! Dan tiga perkara yang aku paling cintai ialah- menegak kebenaran; mencegah kemungkaran dan memakai pakaian yang bertampung.” Sahut Osman r.a. “Benar! Dan tiga perkara yang paling kucintai ialah- memberi makan orang yang lapar; memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca Al-Quran.” Sahut Ali r.a. “Benar! Dan daku paling cintai tiga perkara ini – melayani tetamu, berpuasa pada hari yang panas terik dan memancung kepala para musuh dengan pedangku.”



          Pada ketika itu, Jibrail a.s. pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w. “ Allah s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahu pada anda apa yang daku cinta sekiranya daku ini seorang manusia.” Sahut Rasulullah s.a.w “Khabarlah kepada kami Ya Jibrail.” Kata Jibrail a.s “ Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara – memimpin orang yang sesat; mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa dan membantu keluarga orang-orang miskin, dan bagi Allah S.W.T. Dia mencintai tiga perkara dari para hambanya – yang berjuang padajalanNya; yang menangis pada ketika bertaubat dan yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga.”



          Hafiz Ibn Qayyim menulis bahawa solat menjamin nafkah harian, menyihatkan kesihatan badan, menghilangkan penyakit, meneguhkan hati, memberi cahaya dan kecantikan pada wajah, menggembirakan rohani, menyegarkan tubuh badan dari rasa malas, melegakan fikiran, memberi makanan rohani, mencerahkan hati dan menjamin keredaan Allah S.W.T. Ia menjadi pelindung pada hari kiamat. Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati Allah S.W.T. Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang tidak diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan rohani - samada di dunia mahupun di akhirat.



DISCOVER THE BEAUTY OF ISLAM”


~ BIRO PENGAJIAN & PENERANGAN SURAU AL-ILLIYYIN WP, KLN ~


nota hati:  tetapkanlah hati......





No comments: