Daripada
Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku
telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah
diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1.
Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2.
Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka
berbuka.
3.
Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata,
"Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan
dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."
4.
Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka
tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka
lakukan pada bulan lain.
5.
Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya
kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab,
"Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila
telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)
nota hati: membaca selagi termampu.....
No comments:
Post a Comment