Menerima Qadha' dan
Qadar Allah
Muslim yang benar
sentiasa pasrah dan tunduk kepada kehendak Allah, mengingati hadith :
"Alangkah
takjubnya hal kaum muslimin. Semua urusannya menjadi baik. Jika dia mmperolehi
kesenganan, dia akan bersyukur, dan ia menjadi baik baginya. Jika dia
memperolehi kesusahan, dia bersabar dan bertahan, dan hal itu juga menjadi baik
untuknya:. Riwayat bukhari
Hadith di atas
mengatakan bahawa semua urusan kaum muslimin itu baik belaka. Sekiranya dia
diberi kesenangan, dia bersyukur kepada Tuhannya Yang Maha Pemurah, dan
sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar dan tabah, mengikuti semua
perintahNya dan menerima qadha' dan qadar dari Allah swt. Apa yang terjadi
adalah baik untuk dirinya.
Bertaubat dan
Kembali Kepada Allah swt
Kadang kala muslim
itu mendapati dirinya tergelincir atau alpa dari jalan yang lurus, sehingga dia
melakukan dosa yang tidak layak baginya sebagai hamba yang merendahkan diri dan
selalu waspada, namun dia segera ingat kepada Tuhannya, lalu kembali dari dosa
dan kesalahan yang telah dilakukan serta bertaubat di atas kesilapan itu :
"Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka
ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahannya." (Al-A'raf 7:201)
Hati yang dipenuhi
dengan rasa cinta dan takut kepada Allah tidak akan lalai. Hanya orang yang
tidak mengendahkan perintah serta larangan Allah sahaja yang akan sesat. Hati
muslim yang benar sentiasa mahu bertaubat, meminta ampun, gemar mentaatiNya dan
mencari keredhaanNya.
Mengutamakan
Keredhaan Allah
Muslim yang benar
berusaha mendapatkan keredhaan Allah dalam segala sesuatu yang dilakukannya.
Dia tidak ingin mendapatkan pujian manusia, dan sesungguhnya dia mungkin
mendapatkan kemarahan dan kebencian dari sebahagian orang dalam usahanya untuk
mendapatkan keredhaan Allah swt sebagaimana Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa
mencari keredhaan Allah diatas kebencian manusia, Allah akan menjaganya dan
melindunginya dari mereka.Akan tetapi sesiapa yang mencari keredhaan manusia di
atas kemurkaan Allah, Allah akan membiarkannya di tangan manusia " Riwayat
Tirmizi
Muslim yang benar
sentiasa beramal dengan perkara uang bertentangan dengan kehendak hawa nafsunya
untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Dia akan mempertahankan sifat-sifat baik
dan membuang sifat-sirat buruk dalam dirinya bersesuaian dengan yang
dikehendaki syariat.
kredit kepada Biro Agama WP
nota hati: bersihkan hati... bersihkan jiwa......
No comments:
Post a Comment