Pages

Friday, April 5, 2013

Tazkirah di pagi Jumaat 05042013


Azan – Seruan Kesatuan Ummah

Azan bukan hanya himpunan lafaz-lafaz bahasa Arab yang dilaungkan untuk menyeru orang Islam menunaikan solat. Lebih daripada itu, ia ialah syiar Islam menunaikan solat. Lebih daripada itu, ia ialah syiar Islam yang menjadi lambang dan simbol kedaulatan Islam dan penganutnya. Di seluruh pelosok dunia yang menerima cahaya Islam, laungan azan pasti berkumandang lima kali sehari.

Keistimewaan Azan
Istimewanya azan di mata dunia adalah kerana ia menggambarkan kekuatan, kesepaduan dan kesucian Islam. Setiap lafaz yang tersusun menyimpan rahsia kekuatan akidah kepada Allah, motivasi kejayaan orang Islam, keutamaan solat dan penyaksian keesaan Allah serta perakuan kenabian Muhammad s.a.w.
Bagi yang memusuhi Islam, azan ialah “senjata” menggerunkan dan amat ditakuti. Justeru, tidak hairanlah azan diharamkan di Negara-negara “fobia Islam”, tidak dibenarkan dilaungkan dengan menggunakan pembesar suara, dan didakwa mengganggu keamanan masyarakat setempat atau kononnya menyumbang ke a rah pencemaran bunyi.

Keutamaan Azan dan muazin
v  PEMIMPIN DI HARI KIAMAT
v  MENGUSIR SYAITAN
v  KEAMPUNAN SEJAUH SUARA
v  KELEBIHAN SANGAT BESAR

Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : “Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung pada seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan melalui  undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi … “ (Rowayat al- Bukhari dan Muslim)

v  DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA
Muazin diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga - seorang yang melaungkan azan dan diikuti dengan mendirikan solat selepas itu semata-mata kerana Allah s.w.t, dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

v  MENDAPAT SAKSI AMAL SOLEH
Sesiapa sahaja yang mendengar azan yang dilaungkan oleh muazin, dia akan menjadi saksi tentang amal solehnya itu di akhirat kelak.

KEBESARAN AZAN
Kebesaran azan di sisi Allah dapat dilihat dengan ganjaran Allah s.w.t yang dijanjikan kepada para muazin atau bilal yang melaungkan azan. Mereka dijanjikan keampunan dosa-dosa dan imbuhan pahala yang besar.

Tambahan pula, pensyariatan azan ialah keistimewaan yang hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita semua.


KREDIT BIRO AGAMA WP


nota hati: :)



No comments: