Pages

Monday, May 13, 2013

AMALAN TERBAIK SETIAP ISNIN DAN KHAMIS




Dari Jabir R.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW   bersabda : Akan dipersembahkan amal-amal manusia pada hari Isnin dan Khamis. Barangsiapa yang memohon keampunan maka akan diampuninya pada hari itu, dan barang siapa bertaubat akan diterima taubatnya (tetapi) orang yang ada sifat pembenci atau pendendam akan ditinggalkan sehinggalah dia bertaubat daripadanya.


(HR Tabrani, targhib)



Dari Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Setiap hari Isnin dan hari Khamis , amal-amal  manusia akan disembahkan dihadapan Allah SWT dan Allah SWT akan mengampuni mereka pada hari itu bagi orang yang tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah, kecuali seorang yang memusuhi akan saudaranya (orang ini akan kecewa dari pengampunan Allah SWT.)  (Malaikat) akan mengatakan padanya:Tinggalkan kedua orang ini sehingga kedua-duanya bermaaf-maafan, tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya saling bermaaf-maafan (HR Muslim)

                                      
KREDIT      

No comments: