Pages

Friday, January 13, 2012

Tazkirah di pagi Jumaat 13012012

 

DOSA ISTERI TERHADAP SUAMI

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya."

(Hadis riwayat Abu Daud)


Seorang isteri wajib mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya." 
(Surah An-Nisa', ayat 33)


Contohnya; Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh."

Nusyuz atau dosa yang dilakukan seseorang isteri bukan ditetapkan oleh suami. Perkara itu berlaku apabila siisteri melanggar apa-apa perkara yang telah ditetapkan oleh syara'. Selalgi siisteri tidak melanggar apa yang telah ditetapkan syara', walaupun seribu kali suami kata berdosa, ikutlah apa yang telah ditetapkan. Dosa pahala, syurga neraka bukan suami yang tentukan. Segala sesuatu itu adalah hak Allah 'azzawajlla.


Hadanallah waiyakum ajma'in, wallahu'alam, wassalamu'alaikum wr wb. 


nota hati: mencuba sehabis baik utk menjadi isteri solehah dan  ibu mithali....




No comments: