Remember
this...
Remember this and keep it very dear to your heart.
Dan jangan ulangi kesilapan yang sama..
Jangan..
Cause it hurts!
And it hurts so much until you want to tear yourself apart (
dan berpaling dari tarbiyah/jemaah?)
Dan terkadang kesalahan kecil kita sebagai murabbi dan qiyadah
menjadikan batu api bagi syaitan untuk disemarakkan pada hati mutarabbi
dan jundiy kita.Maka, awaslah!
Belajarlah dari kesalahan orang lain. ( dan tentu belajar dari diri
sendiri juga).
And when you reach the above or become leader, please, please
Aisyah, go back to what you write today, and remember these...
1) Bila nak menegur
seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat
sekali.
Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting
adalah supaya teguran itu diterima.
Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu.
Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih
sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan
lava yang tengah meluap-luap amarahnya.
2) Jalinkan kecintaan
sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan
nasihat.
Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu,
dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting,
dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu? Tentu tidakkan? Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak
pernah membantu dia. Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur
sahaja? Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang,
syeikh dan guru pada anak muridnya. Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta
ketaatan dan juga menegur kesalahan dia. Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia
ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan
kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan
didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang
mengundang kebencian. Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat
kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect.
Maka, santunilah perkara itu dengan baik.
3) Carilah medium terbaik
dalam memberikan teguran/didikan.
Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam
menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih
terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai
berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu.
Jika orang lain lebih pandai menegur darimu.
Elak gunakan medium:
a) emel
b) sms
c) telefon
Ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak
salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku
secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku.
Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum
duduk mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.
4) Cari masa sesuai
dan tenang dalam memberikan teguran.
Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di
waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah
semangat dia dalam amal.
Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai
sebelum membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2
pada dia.
Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika
dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...
5) Anggaplah dia
seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.
Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur.
Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri
ditegur.
Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik
perbincangan.
Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa
begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas
teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari
dari tarbiyah!!!
6) Paling penting,
jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.
Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALlah
diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur. Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara
kena amat betul dalam penyampaian... Inilah dia Aisyah, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia
lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia
lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya. Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun,
engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari
mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun. kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk
ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati
selalu.... Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan
ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada
seseorang. Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan
benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan. Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu
belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia
lebih baik. Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku ,
membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku.
Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata
jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama.. Dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja
seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada
emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.
wallahualam
kredit to Artikel iluvislam.com
nota hati: dugaan yang memerlukan ketabahan hati
No comments:
Post a Comment