MENUNAIKAN JANJI
Muslim sejati yang telah dikurniakan
sikap Islam yang positif, menunaikan janji dengan jujur. Tidaklah
berlebih-lebihan jika dikatakan bahawa sikap ini termasuk salah satu faktor
paling utama dalam kejayaan seseorang dalam masyarakatnya, dan termasuk tanda
paling jelas mengenai tingginya darjat ketamadunan dan kedudukannya dalam
masyarakatnya.
Muslim itu termasuk orang bertamadun yang
menunaikan janji : sesungguhnya dia adalah yang terbaik di kalangan mereka :
sesungguhnya dia adalah yang terbaik di kalangan mereka, jika dia benar-benar
muslim sejati, kerana sifat jujur menunaikan janji ini adalah inti bagi akhlak
mulia Islam dan termasuk tanda tanda kebaikan iman dan Islam seseorang muslim
itu.Sebaliknya, memungkiri janji pula adalah sikap yang dibenci dan dianggap
tanda seorang munafik.
Firman Allah s.w.t
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu.." (Al-Maidah
5:1)
"..Dan penuhilah janji, sesungguhnya
janji itu pasti diminta pertanggunganjawabnya." (Al-Isra' 17:37)
" Hai orang-orang beriman, mengapa
kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besarlah kebencian di sisi
Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-Shaff
61:2-3)
Memungkiri janji termasuk dosa besar yang
dilarang Allah terhadap hamba-hambaNya yang beriman. Allah tidak mahu mereka
tenggelam dalam kehinaan. Sesungguhnya tidak ada keraguan lagi dalam ayat di
atas, di mana mungkir janji itu jelas sekali dibenci sehingga oang-orang mukmin
akan berusaha menjauhi dosa tersebut dan takut kepada balasan seksa Allah
s.w.t.
Tingkatan Islamnya seseorang itu bukan
hanya disahkan melalui amal ibadah yang dilakukannya, seperti solat, puasa atau
pergi mengerjakan haji di Baitullah.Sebaliknya, ia disahkan melalui peribadi
yang digambarkan dengan mengerjakan semua ajaran-ajaran Islam, supaya orang itu
dikenali dengan nilai nilai dan sikap mulia, dan kita dapati orang itu menjaga
batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. mentaati semua perintahNya,
menjauhi semua larangannya dan mengikuti semua petunjukNya dalam seluruh urusan
hidupnya.
KREDIT to Biro Agama WP
nota hati: suka berjanji.. pastu memungkiri sendiri.. salah siapakah?
No comments:
Post a Comment